Monday, July 13, 2009


Dah tengok rupa Rimaunya?


Hidup tidak boleh berpandukan perasaan hati yang kadangkala boleh menjahanamkan diri sendiri. Perkara utama harus kita fikirkan ialah menerima atau membuat sesuatu dengan baik berlandaskan kenyataan. He he he lawak pagi Isnin...........................
Assalamualaikum

Mulianya wanita di sisi Allah S.W.T... AKU, KAU BERBEZA ....AKU, KAU ISTIMEWA ...

LELAKILelaki bujang kena tanggung dosa sendiri apabila sudah baligh manakala dosa gadis bujang ditanggung oleh bapanya.Lelaki berkahwin kena tanggung dosa sendiri, dosa isteri, dosa anak perempuan yang belum berkahwin dan dosa anak lelaki yang belum baligh.

BERATKAN?Hukum menjelaskan anak lelaki kena bertanggung jawab ke atas ibunya dan sekiranya dia tidak menjalankan tanggung jawabnya maka dosa baginya terutama anak lelaki yang tua, manakala perempuan tidak, perempuan hanya perlu taat kepada suaminya. Isteri berbuat baik pahala dapat kepadanya kalau buat takbaik dosanya ditanggung oleh suaminya.

BERATKAN??Suami kena bagi nafkah pada isteri, ini wajib tapi isteri tidak. Walaupun begitu isteri boleh membantu. Haram bagi suami bertanya pendapatan isteri lebih-lebih lagi menggunakan pendapatan isteri tanpa izin ini.Banyak lagi lelaki lebih-lebih lagi yang bergelar suami perlu tanggung Kalau nak dibayangkan beratnya dosa-dosa yang ditanggungnya seperti gunung dengan semut. Itu sebabnya mengikut kajian nyawa orang perempuan lebih panjang daripada lelaki. Lelaki mati cepat kerana tak larat dengan beratnya dosa-dosa yang ditanggung (ikut kajian laa..)Tetapi orang lelaki ada keistimewaannya yang dianugerah oleh Allah SWT. Ini orang lelaki kena tahu, kalau tak tahu kena jadi perempuan. Begitulah kira kiranya .

WANITA :Auratnya lebih susah dijaga berbanding lelaki. Perlu meminta izin dari suaminya apabila mahu keluar rumah tetapi tidak sebaliknya. Saksinya kurang berbanding lelaki... Menerima pusaka kurang dari lelaki. Perlu menghadapi kesusahan mengandung dan melahirkan anak. Wajib taat kepada suaminya tetapi suami tak perlu taat pada isterinya.Talak terletak di tangan suami dan bukan isteri.Wanita kurang dalam beribadat kerana masalah haid dan nifas yang tak ada pada lelaki.

Pernahkah kita lihat sebaliknya??Benda yang mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan di tempat yang tersorok dan selamat. Sudah pasti intan permata tidak akan dibiar bersepah-sepah bukan? Itulah bandingannya dengan seorang wanita.

Wanita perlu taat kepada suami tetapi lelaki wajib taat kepada ibunya 3 kali lebih utama dari bapanya. Bukankah ibu adalah seorang wanita?Wanita menerima pusaka kurang dari lelaki tetapi harta itu menjadi milik peribadinya dan tidak perlu diserahkan kepada suaminya, manakala lelaki menerima pusaka perlu menggunakan hartanya untuk menyara isteri dan anak-anak.Wanita perlu bersusah payah mengandung dan melahirkan anak, tetapi setiap saat dia didoakan oleh segala haiwan, malaikat dan seluruh makhluk ALLAH di mukabumi ini, dan matinya jika kerana melahirkan adalah syahid kecil. Manakala dosanya diampun ALLAH (dosa kecil).

Di akhirat kelak, seorang lelaki akan dipertanggungjawabk an terhadap 4 wanita ini: isterinya, ibunya, anak perempuannya dan saudara perempuannya. Manakala seorang wanita pula, tanggungjawab terhadapnya ditanggung oleh 4 org lelaki ini: suaminya, ayahnya, anak lelakinya dan saudara lelakinya.

Seorang wanita boleh memasuki pintu Syurga melalui mana-mana pintu Syurga yg disukainya cukup dengan 4 syarat sahaja: sembahyang 5 waktu, puasa di bulan Ramadhan, taat suaminya dan menjaga kehormatannya.Seorang lelaki perlu pergi berjihad fisabilillah tetapi wanita jika taat akan suaminya serta menunaikan tanggungjawabnya kepada ALLAH akan turut menerima pahala seperti pahala orang pergi berperang fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata.

MasyaALLAH.. .sayangnya ALLAH pada wanita ....Seorang wanita adalah pelengkap dan sememangnya istimewa di sisi seorang lelaki, tetapi ingatlah wahai lelaki...kamu sebenarnya adalah istimewadisisi Allah, maka dengan sebab itu DIA mengangkat kamu menjadi pemimpin...maka dengan keistimewaan itu, JAGALAH dan HARGAILAH wanitasebaik-baiknya. ..supaya kelak masing2 lelaki dan wanita dapat pulang mengadap Allah dalam keadaan istimewa disisiNYA..

"Berpeganglah kamu sekelian dengan tali Allah dan janganlah kamu berpecah-belah, dan ingatlah nikmat Allah atas kamu, seketika kamubermusuh-musuhan telah dipersatukanNya hati kamu semuanya, sehingga dengan segera kamu telah menjadi bersaudara dengan sebab nikmatNya.(Ali- Imran:103)

Pada hari itu (hari qiamat) manusia diberitahu akan segala yang telah dikerjakannya dan yang telah ditinggalkan. Bahkan manusia itu, anggotanya menjadi saksi terhadap dirinya sendiri, walaupun dia berperi-peri memberikan alasan untuk membela diri "

Hikmah sujud -

Sujud lega sistem pernafasanMungkin ramai di kalangan umat Islam tidak sedar mengenai pelbagai hikmah yang tersembunyi ketika sujud. Pada hal, kita perlu sedar bahawa tiada suatupun ciptaan dan suruhan Allah s.w.t.. yang sia-sia, malahan setiap ciptaan itu mempunyai kelebihan yang selalunya tidak terjangkau akal manusia.

Manusia melakukan sujud dalam dua bentuk, iaitu sujud fizikal seperti ketika bersolat dan sujud spiritual berbentuk ketaatan kepada perintah Allah s.w.t.dan menjauhi larangannya.Ulama mengatakan sujud ketika solat adalah waktu manusia paling hampir dengan Allah s.w.t. dan mereka menggalakkan kita bersujud lebih lama.Antara hikmah lain sujud adalah melegakan sistem pernafasan dan mengembalikan kedudukan organ ke tempat asalnya.

Bernafas ketika sujud pula boleh:

- membetulkan kedudukan buah pinggang yang terkeluar sedikit dari tempat asalnya.- membetulkan pundi peranakan yang jatuh.- melegakan sakit hernia. (burut)

- mengurangkan sakit senggugut ketika haid.- melegakan paru-paru daripada ketegangan.

-mengurangkan kesakitan bagi pesakit apendiks atau limpa.

- kedudukan sujud adalah paling baik untuk berehat dan mengimbangkan lingkungan bahagian belakang tubuh.

- meringankan bahagian pelvis.

- memberi dorongan supaya mudah tidur.

- menggerakkan otot bahu, dada, leher, perut serta punggung ketika akan sujud dan bangun daripada sujud.

- pergerakan otot itu menjadikan ototnya lebih kuat dan elastik,secara automatik memastikan kelicinan perjalanan darah yang baik..

- bagi wanita, pergerakan otot itu menjadikan buah dadanya lebih baik,mudah berfungsi untuk menyusukan bayi dan terhindar daripada sakit buah dada.

- mengurangkan kegemukan.

- pergerakan bahagian otot memudahkan wanita bersalin, organ peranakan mudah kembali ke tempat asal serta terhindar daripada sakit gelombang perut(convulsions) .

- organ terpenting iaitu otak manusia menerima banyak bekalan darah dan oksigen.

- mengelakkan pendarahan otak jika tiba-tiba menerima pengepaman darah ke otak secara kuat dan mengejut serta terhindar penyakit salur darah dan sebagainya.

Dari segi psikologi pula, sujud membuatkan kita merasa rendah diri di hadapan Yang Maha Pencipta sekaligus mengikis sifat sombong, riak,takbur dan sebagainya.

Dari segi perubatan, kesan sujud yang lama akan menambahkan kekuatan aliran darah ke otak yang boleh mengelakkan pening kepala dan migrain, menyegarkanotak serta menajamkan akal fikiran sekali gus menguatkanmentality seseorang.Menurut kajian, terdapat beberapa urat saraf di dalam otak manusia yang tidak dimasuki darah sedangkan setiap inci otak manusia memerlukan darah yang cukup berfungsi secara normal dan sempurna.

Tujuh kalimat

Sabda Rasulullah S.A.W
" Barang siapa hafal tujuh kalimat, ia terpandang mulia di sisi Allah dan Malaikat serta diampuni dosa-dosanya walau sebanyak busa/buih laut "

1. Mengucap Bismillah pada tiap-tiap hendak melakukan sesuatu.

2. Mengucap Alhamdulillah pada tiap-tiap selesai melakukan sesuatu.

3. Mengucap Astagfirullah jika lidah terselip perkataan yang tidak patut

4. Mengucap Insya Allah jika merencanakan berbuat sesuatu di hari esok.

5. Mengucap La haula wala kuwwata illa billah jika menghadapi sesuatu tak disukai dan tak diingini.

6. Mengucap inna lillahi wa inna ilaihi rajiun jika menghadapi dan menerima musibah.

7. Mengucap La ilaha illa Allah Muhammad Rasulullah sepanjang siang malam sehingga tak terpisah dari lidahnya dari tafsir hanafi, mudah-mudahan ingat, walau lambat-lambat mudah-mudahan selalu, walau sambil lalu mudah-mudahan jadi bisa, karena sudah biasa.

Sekarang anda mempunyai 2 pilihan

1. Biarkan E-mail ini tetap dalam mailbox anda. Insya Allah tidak akan ada sesuatu yang terjadi pada diri anda.
2. Forward E-mail ini ke sejumlah orang yang anda kenal dan Insya Allah, Allah akan anugerahkan kepada setiap orang yang anda kirimkan dengan kebaikan.
AMIN.

So Mami ambik option no 2, cuba sebarkan dlm blog Mami, Insya Allah ada yang dapat tempiasnya nanti

Yang ini pula artikel mengenai dosa dosa sekiranya meninngal kan solat.

Surah Al-Munaafiquun : Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu lalai (lengah) kerana hartabenda dan anak-anakmu daripada mengingati Allah (sembahyang lima waktu). Barangsiapa memperbuat demikian itu, maka mereka orang yang merugi. Ayat : 9

Allah tiada akan memberi tempoh kepada seorang bila telah sampai ajalnya. Allah Maha Mengetahui tentang apa yang kamu kerjakan. Ayat : 11

Para Ulama' berpesan untuk kita jadikan pegangan: Barangsiapa meninggalkan solat Maghrib, dosanya seperti berzina dengan ibunya sendiri bagi yang lelaki dan berzina dengan bapanya sendiri bagi yang perempuan! Jadi, apakah bezanya sumbang mahram dengan meninggalkan solat Maghrib?

Meninggalkan solat Isya', maka Allah tidak redha ia hidup di bumi-Nya. Bermakna, setiap langkah kita tidak mendapat pelindunganNya di dunia ini.Dan lebih malang bila kita diazab di dunia yang lain nanti (akhirat).

Meninggalkan solat Subuh akan disiksa selama 60 tahun (waktu akhirat) didalam neraka.Perlu kita ingat bahawa azab yang paling ringan adalah sepertimana azab yang dikenakan kepada bapa saudara Rasulullah saw yang mana apabila dipakaikankasut dari neraka maka mendidihlah sampai ke otaknya.Selama ini kita baru dapat bayangkan bagaimana air mendidih saja....

Meninggalkan solat Zohor diibaratkan seperti meruntuhkan Ka'abah Kalaubegitu sepanjang hidup kita ini tak payahlah berangan-angan untuk menunaikan haji. Itu adalah suatu perkara yang amat mudah....

Satu kali meninggalkan solat Asar sama dosanya dengan membunuh 1000 orang Islam.

Ya Allah, jadikanlah aku dan zuriat keturunanku orang orang yang kekal dialam solatnya. Amin

Rasulullah saw ada menyebut, tinggalkan solat adalah Kafir yang nyata.

Yang benar itu adalah dari Allah swt dan yang kurang itu adalah darikelemahan Mami yang nyata.

INSYALLAH. .semoga kita sesama mendapat rahmat dan pertunjuk dari ALLAH S.W.T. amin...

Assallamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. ....

Saturday, July 11, 2009

Assalamualaikum

I got this articel from my egroup, it reminds me of my own childhood. Well, being above forty, surely my childhood ear is the same as Patrick Teoh the writer. Ok Patrick, Iam sorry to say that I have ciplaked your article.


To All those Born in the 40's, 50's , 60's, 70's & early 80's...

First, we survived with mothers who had no maids. They cooked /cleaned while taking care of us at the same time. They took aspirin, candies floss,fizzy drinks, shaved ice with syrups and diabetes were rare. Salt added to Pepsi or Coke was remedy for fever.

We had no childproof lids on medicine bottles, doors or cabinets and when we rode our bikes, we had no helmets. As children, we would ride with our parents on bicycles/ motorcycles for 2 or 3. Richer ones in cars with no seat belts or air bags. Riding in the back of a private taxi was a special treat.

We drank water from the tap and NOT from a bottle. We would spend hours on the fields under bright sunlight flying our kites, without worrying about the UV ray which never seem to affect us. We go to jungle to catch spiders without worries of Aedes mosquitoes. With mere 5 pebbles (stones) would be a endless game. With a ball (tennis ball best) we boys would ran like crazy for hours.
We catch guppy in drains / canals and when it rain we swim there. We shared one soft drink with four friends, from one bottle and NO ONE actually worry about being unhygenic. We ate salty, very sweet & oily food, candies,bread and real butter and drank very sweet soft sweet coffee/ tea, ice kacang, but we weren't overweight because....... WE WERE ALWAYS OUTSIDE PLAYING!!

We would leave home in the morning and play all day, till streetlights came on. No one was able to reach us all day. AND WE DONT HAVE HANDPHONE S TO BUG US. And we were O.K. AND WE ARE SAFE. We would spend hours repairing our old bicycles and wooden scooters out of scraps and then ride down the hill, only to find out we forgot the brakes. After running into the bushes a few times, we learned to solve the problem .

We did not have Playstations, X-boxes, Nintendo's, multiple channels on cable TV, DVD movies, no surround sound, no phones, no personal computers, no Internet. WE HAD FRIENDS and we went outside and found them!

We fell out of trees, got cut, broke bones and teeth and we still continued the stunts. We rode bikes or walked to a friend's house and just yelled for them! The idea of a parent bailing us out if we broke the law was unheard of. They actually sided with the law!

Yet this generation has produced some of the best risk-takers, problem solvers and inventors ever! The past 40 years have been an explosion of innovation and new ideas. We had freedom, failure, success and responsibility, and we learned HOW TO DEAL WITH IT ALL! And YOU are one of them! CONGRATULATIONS!

You might want to share this with others who have had the luck to grow up as kids, before the government regulated our lives for our own good. And while you are at it, forward it to your kids so they will know how brave their parents were.~~~~~

Patrick Teoh

So how, isnt that one hell of experience? I am glad that I belong to the same group. Can't stop grinning after reading it.
Assalamualaikum,

SEJARAH AYAT KURSI

Ayat ini diturunkan setelah hijrah. Semasa penurunannya ia telah diiringi oleh beribu-ribu malaikat kerana kehebatan dan kemuliaannya. Syaitan dan iblis juga menjadi gempar kerana adanya satu perintang dalam perjuangan mereka. Rasullah s. a. w. dengan segera memerintahkan Zaid bt sabit menulis serta menyebarkannya.

Sesiapa yang membaca ayat Kursi dengan khusyuk setiap kali selepas sembahyang fardhu, setiap pagi dan petang, setiap kali keluar masuk rumah atau hendak musafir, InsyaAllah akan terpeliharalah dirinya dari godaan syaitan, kejahatan manusia, binatang buas yang akan memudaratkan dirinya bahkan keluarga, anak-anak, harta bendanya juga akan terpelihara dengan izin Allah s. w. t.

Mengikut keterangan dari kitab "Asraarul Mufidah" sesiapa mengamalkan membacanya setiap hari sebanyak 18 kali maka akan dibukakan dadanya dengan berbagai hikmah, dimurahkan rezekinya, dinaikkan darjatnya dan diberikannya pengaruh sehingga semua orang akan menghormatinya serta terpelihara ia dari segala bencana dengan izin Allah. Syeikh Abu Abbas ada menerangkan, siapa yang membacanya sebanyak 50 kali lalu ditiupkannya pada air hujan kemudian diminumnya, InsyaAllah Allah akan mencerdaskan akal fikirannya serta Fadhilat Ayat Al-Kursi mengikut Hadis-Hadis Rasullullah s. a. w. bersabda bermaksud:
"Sesiapa pulang ke rumahnya serta membaca ayat Kursi, Allah hilangkan segala kefakiran di depan matanya."

Sabda baginda lagi; "Umatku yang membaca ayat Kursi 12 kali pada pagi Jumaat, kemudian berwuduk dan sembahyang sunat dua rakaat, Allah memeliharanya daripada kejahatan syaitan dan kejahatan pembesar."

Orang yang selalu membaca ayat Kursi dicintai dan dipelihara Allah sebagaimana DIA memelihara Nabi Muhammad. Mereka yang beramal dengan bacaan ayat Kursi akan mendapat pertolongan serta perlindungan Allah daripada gangguan serta hasutan syaitan. Pengamal ayat Kursi juga, dengan izin Allah, akan terhindar daripada pencerobohan pencuri. Ayat Kursi menjadi benteng yang kuat menyekat pencuri daripada memasuki rumah. Mengamalkan bacaan ayat Kursi juga akan memberikan keselamatan ketika dalam perjalanannya.

Ayat Kursi yang dibaca dengan penuh khusyuk, Insya-Allah, boleh menyebabkan syaitan dan jin terbakar. Jika anda berpindah ke rumah baru maka pada malam pertama anda menduduki rumah itu eloklah anda membaca ayat Kursi 100 kali, insya-Allah mudah-mudahan anda sekeluarga terhindar daripada gangguan lahir dan batin. Barang siapa membaca ayat Al-Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya, Allah mewakilkan 2 orang Mala ikat memeliharanya hingga subuh.

Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir setiap sembahyang Fardhu, ia akan berada dalam lindungan Allah hingga sembahyang yang lain. Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap sembahyang, tidak menegah akan dia daripada masuk syurga kecuali maut, dan barang siapa membacanya ketika hendak tidur, Allah memelihara akan dia ke atas rumahnya, rumah jirannya & ahli rumah2 di sekitarnya.

Barang siapa membaca ayat Al-Kursi diakhir tiap-tiap sembahyang Fardhu, Allah menganugerahkan dia hati-hati orang yang bersyukur perbuatan2 orang yang benar, pahala nabi2 juga Allah melimpahkan padanya rahmat.

Barang siapa membaca ayat Al-Kursi sebelum keluar rumahnya, maka Allah mengutuskan 70,000 Malaikat kepadanya, mereka semua memohon keampunan dan mendoakan baginya. Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir sembahyang Allah azza wajalla akan mengendalikan pengambilan rohnya dan ia adalah seperti orang yang berperang bersama nabi Allah sehingga mati syahid.

Barang siapa yang membaca ayat al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah berkenan memberi pertolongan kepadanya.


Insya Allah amalkan lah utk kebaikan kita.

Thursday, July 9, 2009

Assalamualaikum,

Insya Allah hari ni Mami puasa sunat Rejab, hari ni dah 16 Rejab tapi Mami baru dapat puasa 7 hari Insya Allah termasuk hari ni.

Tak sedar pun dah 16 Rejab maknanya lebih kurang 1 bulan setengah lagi nak puasa Ramadhan dah. Entah dapat entah tidak kita bertemu lagi dengan Ramadhan yang mulia ini tahun ini.

Ya Allah kau perkenankan lah keinginan aku untuk mengharungi Ramadhan sekali lagi ditahun ini, supaya aku dapt menebus kembali dosa dosa yang telah kulakukan. Kau berikanlah hambamu ini kekuatan untuk beribadah demi memohon keredaan dan pengampunanMu Ya Allah.

ok sampai disini saja, nak kerja la......

Wassalam

Tuesday, July 7, 2009

Assalamualaikum,

Semenjak dua menjak ni sering saja sakit sakit badan, sekejap Mami sakit tangan kanan sampai tak boleh nak angkat tangan lansung, kemudian sakit kaki,sering terjaga tengah malam kaki cramp, sampai keluar air mata sakitnya. Jadi Mami pun browse la internet, mencari kalau kalau ada doa doa yang sesuai dijadikan amalan.

Alhamdulillah hari ni Mami jumpa sat petua yang boleh diamalkan sekiranya terjadi penyakit yang menular mcm H1N1 tu lah.

Sama sama lah kita amalkan , Insya Allah dengan izinnya kita dijauhkan dari penyakit itu.

"Dengan nama Allah, yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.Kami berlindung dengan Mu Ya Allah,Tuhan yang memiliki keagungan dan kekuasaan,kami berpaut padaMu Ya Allah, Tuhan pemilik sekalian alam yang ghaib,dan kami bertawakkal padaMu Ya Allah, Tuhan yang hidup lagi tidak mati.Wahai Tuhan kami,Jauhkanlah kami daripada wabak ini, lindungilah kami daripada kebinasaan yang dasyat,dan peliharalah kami daripada segala penyakit yang berjangkit, ta'un dan bala bencana,dengan ihsan Mu, wahai Tuhan yang Maha Lembut lagi Maha Mengetahui,Sesungguhnya Mu Ya Allah Maha Berkuasa ke atas segala sesuatu".


Caranya:
1. Baca doa ini 3 kali pada setiap pagi dan petang.
2. Sebaik2nya dimulakan dan disudahi dengan selawat ke atas nabi(pembuka dan penutup doa macam yang kawan2 selalu buat).

Ni masih dok cari lagi doa untuk sakit tangan dan kaki ni.................

Kalau jumap Insya Allah kita post dekat sini.

Wassalam

Friday, July 3, 2009

Assalamualaikum,

Ni petua yang mami dapat dari email group, cubalah, manalah tau kut kut mujarab.

PETUA-PETUA KAMPUNG YANG AMAT BAGUS!
CARA UNTUK KURUS TANPA UBAT-UBATAN
1. JANGAN BERLAPAR
Makanan memberi kita tenaga dan bila kita menggunakan tenaga kurang dari apa yang kita ambil, tubuh akan terkejut. Tubuh akan mula membakar 'muscle'(otot) untuk menggantikan makanan. Ini menyebabkan kadar metabolisma tubuh menjadi rendah. Bila anda tidak tahan berlapar, pada kebiasanya anda akan makan dengan lebih banyak. Pada masa ini, walaupun tahap pengambilan makanan anda telah kembali ke paras normal, tetapi metabolisma tubuh masih lagi rendah. Ini menyebabkan ia tidak membakar kalori pada tahap yang sama lagi

2. AMBIL SESUATU YANG PAHIT SEBELUM MAKAN
Minumlah kopi dan kumur beberapa saat sebelum makan. Cara ini menyebabkan tekak merasa pahit dan menghantar isyarat melalui otak bagi menggalakan rembesan enzim dan asid HCL. Kekurangan enzim dan asid HCL di dalam perut boleh menyebabkan ketidakcekapan penghadaman.

3. MINUM 8 GELAS AIR SEHARI
Air mengurangkan selera makan anda secara semulajadi dan membantu badan memetabolisma simpanan lemak di dalam tubuh. Sebelum makan makanan yang berat-berat, cuba minum air, pasti anda tidak akan makan dengan banyak.

4. ELAKKAN MINUM MINUMAN YANG BERGAS
Minuman bergas biasanya mengandungi 7-8 sudu gula dan tidak baik untuk kesihatan tubuh. 5. KURANGKAN PENGAMBILAN GARAM Pengambilan garam yang tinggi menggalakan penangkungan air. Mengurangkan pengambilan garam bermakna badan anda menangkung sedikit air. Ini bermakna anda kurang berat yang disebabkan air.

6. AMBIL SARAPAN PAGI
Anda juga boleh menurunkan berat badan dengan pengambilan sarapan pagi. Menurut satu kajian, mereka yang tidak mengambil sarapan pagi lebih cenderung untuk gemuk berbanding dengan mereka yang mengambilnya. Bagaimana ia terjadi? Sarapan pagi menstabilkan hormone dan paras gula di dalam darah. Kadar metabolsima juga meningkat untuk membakar kalori.

7. MAKANLAH DENGAN PERLAHAN-LAHAN
Nikmatilah makanan dengan perlahan-lahan dan jangan gopoh. Kerana apabila kita makan secara perlahan-lahan, tubuh akan menghantar isyarat menunjukan kepuasan.

8. KUNYAH MAKANAN KEPADA CEBISAN LEBIH KECIL
Kunyahlah makanan kepada cebisan lebih kecil sebelum menelan kerana dengan cara ini ia lebih mudah dihadam.

9. Biar makan kerap dengan kuantiti yang sedikit daripada makan hanya sekali, dua tetapi dengan kuantiti yang banyak.

10. Jika anda terasa ingin makan snek atau makanan ringan, beruslah gigi anda atau kunyahlah gula- gula getah. Rasa mint atau berangin di mulut akan membantutkan selera anda.

11. Kurangkan pengambilan marjerin, butter dalam makanan anda. Kalau boleh, usah ada di dalam peti ais anda.

12. Apabila makan di restoran atau gerai , pesanlah air limau nipis atau jus oren kerana minuman masam menggalakan pembakaran lemak. Mintalah minuman yang kurang gula.

13. Buah-buahan dan sayur-sayuran adalah sumber terbaik untuk vitamin, mineral dan serat dan kandungan lemak yang rendah.

14. Jangan timbang berat badan anda setiap hari kerana anda tidak akan nampak perubahannya. Jika anda minum banyak, dan waktu itu anda timbang berat badan yang pastinya meningkat, mungkin anda akan berputus asa untuk berdiet

15. Ambil makanan yang berempah Sesetengah rempah seperti cili, biji sawi, didapati boleh membakar kalori. Penambahan lada hitam bukan sahaja meningkatkan penghadaman, ia juga meningkatkan pembakaran lemak.
16. Pilih Lebih Banyak Bijirin dan Kekacang Dalam Makanan Bijirin penuh adalah sumber utama tenaga. Bijiran dan hasil bijirin banyak mengandungi karbohidrat kompleks, protein, vitamin, mineral dan sedikit lemak.

17. Simpan Satu Diari Simpan satu diari makanan boleh berpengaruh besar dalam proses penurunan berat badan. Rekodkan dalam sehari, berapa kali anda makan dan berapa banyak, tahap kelaparan yang memerlukan anda makan, dan perasaan anda ketika makan. Diari makanan boleh membuatkan anda peka kepada keinginan makan anda. Setelah beberapa lama membuat catatan, perhati dan kenal pasti di mana anda boleh membuat atau perbaiki tabiat pemakanan anda kepada yang lebih sihat. Diari ini juga boleh membuatkan anda lebih fokus dan lebih komited terhadap pelan diet anda. Mulakan diari makanan anda dan rajin-rajinlah membuat catatan.

18. Tumpukan perhatian untuk sihat, bukan kurus Ramai orang lebih berjaya dalam penurunan berat badan dalam jangka masa panjang apabila mereka menukar motif mereka daripada untuk kurus kepada untuk kekal sihat dan segar. Tukarlah fikiran anda untuk memikirkan dan memilih makanan apa yang boleh menyihatkan tubuh badan.

19. Cara memasak paling baik untuk mengurangi jumlah kalori dalam makanan adalah merebus memanggang atau mengukus. Khusus untuk sayuran, anda boleh menumisnya dengan sedikit minyak(misalnya satu sudu minyak masak). Hindari minyak atau lemak haiwan.

20. Ketika memilih piring makanan , ambilah piring yang rata dan bukan piring cekung. Ambil sayuran dahulu untuk memenuhi piring, kemudian baru nasi dan yang terakhir, lauk dagingnya. Jika ingin tambah, hanya sayuran yang boleh anda ambil. Jangan lupa, makanlah di meja makan dan jangan di sembarang tempat apa lagi sambil menonton tv. Sebab, makin menarik program tv, semakin banyak makanan ringan yang anda habiskan!

21. Selain memberi peluang makanan untuk turun , kebiasaan berjalan-jalan sesudah makan akan membantu menghabiskan sebahagian kalori dari makanan itu. Setiap 25 langkah anda berjalan satu kalori akan diguna. Lebih-lebih lagi anda menaiki tangga. Tentu saja semua ini harus dilakukan dengan santai kerana perut anda baru saja terisi.

22. Khusus bagi kaum wanita , yang juga perlu diperhatikan adalah tabiat berbelanja dan memasak.. Seelok-eloknya, tidak berbelanja semasa perut kosong. Rancanglah perbelanjaan sesuai dengan keperluan. Jika ingin membeli makanan, kunjungilah dahulu gerai buah dan sayuran. Gerai makanan segera harus anda kunjungi paling akhir sekali jika memang benar-benar memerlukannya.

23. Untuk mengempiskan perut , gerakan punggung yang ringan tetapi lama akan lebih efektif. Latihan dapat dilakukan dengan alat seperti untuk permainan hula hoop. Gerakan ini mungkin boleh disamakan dengan gerakan penari gelek, dangdut atau hula-hula yang memiliki perut lebih kecil dan cantik.

24. Kurangkan pengambilan gula kerana setiap satu sudu gula mengandungi 32 kilokalori.

25. Beberapa aktiviti fizikal yang mudah untuk langsing
i. Jalan cepat. Gunalah kasut yang cukup selesa dipakai agar kaki tidak melecet dan sihat
ii. Gunakan tangga untuk naik ke tingkat atas. Jika terlalu tinggi,naik tangga untuk beberapa tingkat, kemudian sambunglah denagan menaiki lif
iii. Renang adalah latihan menyeluruh. Berenang dengan laju dengan nafas yang dalam
iv. Bersenam atau peregangan, sangat baik bagi otot-otot dan sendi-sendi yang kaku. Melenturkan otot dapat melancarkan peredaran darah
v. Tunggang basikal dan kayuh perlahan-lahan tetapi dalam tempoh yang lama. Ini dapat mencantik dan merampingkan peha.

PETUA UNTUK KURUS DAN LANGSING

Berat yang Berlebihan Dibawah ini ada beberapa cara untuk menurunkannya.

26. Jika anda mengalami berat badan yang berlebihan, air limau nipis yang anda minum boleh menurunkan berat badan anda. Caranya: Sediakan dua biji limau nipis atau limau kasturi setiap hari, setelah itu perah airnya ke dalam gelas yang berisi dengan air sejuk, masukkan ke dalam peti sejuk. Setelah itu bolehlah dijadikan air minuman setiap kali selepas anda makan tengahari dan makan malam. Cara ini boleh diikuti dengan senaman ringan. Amalkanlah meminumnya selama sebulan, berat badan anda akan beransur turun.

27. Ambil 3 sudu besar serbuk teh cina dan rendam dalam air. Tapis dan campurkan dengan air perahan limau nipis. Amalkan selalu meminumnya 2 kali sehari iaitu sebelum sarapan dan sebelum tidur.

28. Jika anda mengalami masalah berat badan, air asam jawa baik dijadikan minuman harian. Air asam jawa akan mengurangkan kadar lemak dalam badan anda. Caranya: Ambil sebuku asam jawa, ramas ke dalam air sebanyak segelas. Masukkan ke dalam peti sejuk, anda jadikan minuman, selepas anda makan tengahari atau makan malam. Amalkan setiap hari, anda akan dapati tubuh anda akan bertambah segar dan langsing.

29. Nak Turunkan Berat Badan
Selepas makan amalkan meminum Teh Hijau atau Teh Cina tambah dengan serbuk Kayu Manis dan Madu

30. Badan Langsing Selepas Bersalin
Untuk mengelakkan badan menjadi gemuk selepas bersalin, cuba petua berikut : Ambil 5 halia bara ( Halia Cina ), 10 biji lada hitam, 30 ekor ikan bilis. Tumbuk kesemua sehingga lumat. Perahkan air Limau Nipis. Dan makanlah bersama nasi panas waktu pagi dan malam, setiap hari sewaktu dalam pantang.

31. Mengurangkan buncit
Bagi lelaki yang mengalami masalah perut buncit, anda boleh mencuba petua ini.iaitu ambil sedikit kapur makan dan sebiji limau purut yang telah di perah jusnya.kapur dan limau tadi dicampur dan digaul hingga sebati. Amalkan sapu disekeliling perut sebelum masuk tidur biarkan kering sehingga pagi.

32. Mengempiskan Perut
Petua yang mudah dan kos yang murah. Anda perlu mengambil limau nipis yang telah dicampur dengan teh tanpa gula untuk tiap-tiap hari kemudian diminum. Amalkan meminum air ini dan insyaallah perut anda yang buncit akan menjadi kempis. Petua ini untuk orang yang tiada mengidap sebarang penyakit. Selamat mencuba

33. Kempiskan Perut Anda
Nak kempiskan perut senang aje, ambil air limau nipis dan campur dengan kapur sirih. Lumurkan atau sapu dekat perut, amalkan setiap malam. Insyaallah perut anda akan lebih menarik.

PETUA KECANTIKAN WAJAH

34. Menghilangkan Parut Jerawat
Mula-mula ambilkan sedikit madu dicampurkan dengan bedak sejuk. Insyaallah petua ini dapat menghilangkan jerawat yang kebanyakannya masalah ini dirasakan oleh setiap wanita.

35. Menghilangkan Tahi Lalat
Caranya ialah ambil nenas dan limau purut yang telah dikisar, sapukan di tempat tumbuhnya tahi lalat tersebut. Lakukan 2 atau 3 kali sehari sehingga ia jatuh sendiri. Amalkannya selalu, Insyaallah akan mendapat hasilnya segera. Saya pun sedang mengamalkannya sekarang. Selamat mencuba!!

36. Bibir Merah Semulajadi
Petua ini saya amalkan sejak 11 tahun lalu, memang berkesan..mudah saje, sapukan sedikit mentega atau majerin pada bibir anda sebelum tidur.. amalkan setiap hari.

37. Melebatkan Bulu Kening
Setiap wanita inginkan bulu kening yg cantik dan tersusun tanpa dicukur jadi untuk menjadikan itu kenyataan cara-caranya ialah ambik daun lidah buaya ramaskan hingga melekit dan sapukan dikening pada setiap malam.

38. Licin Berseri
Ambil Yogurt Asli kemudian sapu pada keseluruhan bahagian muka. Buat seperti masker..biarkan beberapa minit hingga yogurt tersebut kering kemudian cuci muka dengan air bersih. Ulang setiap 3 kali seminggu anda akan nampak hasilnya muka akan kelihatan licin, berseri, segar dan mengelakkan daripada kulit muka kering.

39. Naikkan Seri Wajah/Muka
Setiap kali sebelum anda ingin mendapatkan kelapa untuk santannya, jangan dibuang air kelapa tersebut. Air kelapa tersebut boleh menyerikan wajah anda. Mula-mula ambil air kelapa itu dan sapukan ke muka anda. Biarkan sampai kering. Selepas itu, barulah basuh muka anda. InsyaAllah wajah anda akan berseri dan parut di muka akan beransur hilang. Amalkanlah selalu.....

40.. Mengelak Daripada Lebam di Bawah Mata
Semasa kita menyapu krim atau foundation di muka... pada bahagian bawah mata sapu krim sambil mengurut guna jari manis sebanyak 3 kali dan baca selawat.

41. Menghilangkan Lebam Bawah Mata
Sebelum mandi pagi, lapkan mata anda dengan air sejuk dari peti sejuk.. cuba lah..ianya juga baik untuk menyegarkan mata.

42. Melicinkan Wajah
Ambil buah tomato makan @sapu pada muka pada waktu pagi dan malam. Muka akan menjadi licin dan halus. selamat mencuba.

43. Memerahkan Bibir Yang Hitam
Bibir yang hitam boleh kembali bertukar kepada warna merah. Caranya ambil 3 helai daun sirih, perah airnya yang berwarna merah kemudian sapu di bibir pada waktu malam. Amalkannya selalu dan insyaallah apa yg anda hajati akan menjadi.

44.. Menghilangkan Lebam di Bibir
Untuk menghilangkan atau mengurangkan lebam bibir akibat kesan merokok, ambillah halia dan ditumbuk lumat sehingga mengeluarkan air dari halia tadi. Amalkan menyapu kebibir anda setiap malam sebelum masuk tidur dan biarkan ianya kering sendiri. Untuk melembabkan bibir juga, anda ambil madu dan sapukan pada bibir anda setiap malam. Itulah yang saya malkan selalu. Selamat mencuba.

45. Memerahkan Bibir
Saya ada masalah tentang bibir saya yang hitam seolah-olah merokok. Ia tidak seimbang dengan kulit saya yang kuning langsat. Bagaimana untuk saya merahkan bibir saya secara semulajadi dan jika ada petua tradisional, adakah ia mengambil masa yang lama? Saya juga tidak suka memakai lipstik. Diharapkan ruangan ini dapat membantu saya sekian,terima kasih

46. Membentuk, Menghitamkan serta Melebatkan Bulu Kening
Caranya mudah saja...ambil sebiji buah keras, bakar hingga hangus ( hitam ). Dengan menggunakan sebatang lidi yang bersih, gosok/asah pada buah keras tu. Kemudian sapukan pada kening dan bentuklah dengan sebaiknya. Lakukan beberapa hari. Seelok-eloknya sapukan pada kening anak yang baru lahir, Insya-Allah kening anak anda akan tumbuh dan berbentuk dengan cepat dan cantik. Petua ini juga boleh diamalkan oleh sesiapa saja yang inginkan kening cantik dan hitam. Selamat mencuba.

47. Naikkan Seri Wajah dan Otak Bijak
1. Seri Wajah: Ambil sedikit air dan selawat sebanyak tiga kali dan sapukan pada wajah lakukan pada tiap-tiap pagi insya'Allah wajah akan kelihatan berseri-seri.
2. Otak menjadi bijak: masukkan sedikit garam dalam 1 gelas air dan minum pada setiap pagi insyaallah mujarab.

48. Mencantikkan Kulit Muka
Untuk jadikan kulit muka yang cantik, mestilah rajin mencuci.
1. Sapu muka dengan telur -merah/putih biar hingga kering
2. Cuci muka dengan air suam dan sapukan limau nipis dan basuh sekali lagi kemudian lapkan dgn tuala yg bersih.Lakukan sekali sehari insyaallah kulit muka anda tidak ditumbuhi jerawat dan menegangkan kulit muka yang kendur.

49. Menyerikan Wajah
Ambil embun pagi dihujung rumput/daun ( dikawasan yang tiada pencemaran ) dan sapukan ditapak tangan.Kemudian sapukan di bahagian muka sambil berselawat dan biarkan hingga kering. Kemudian basuh muka anda. Amalkan selalu insyaallah.

50. Menghilangkan Hitam di Muka dan Jerawat
Ambil kayu manis dan dicelup di dalam air lalu kikis di atas benda kesat seperti batu.. sapukan kayu manis yang sudah dikikis di kawasan bintik- bintik hitam dan jerawat.. Insyaallah jerawat dan bintik- bintik hitam akan beransur hilang...tapi kena rajin mengamalkannya. ..Semoga anda berjaya dan selamat mencuba.

51. Petua Awet Muda
Bangun pagi dari tidur...minum air masak @ air kosong 3 gelas sebelum basuh muka @ gosok gigi. Selepas itu barulah bersiap untuk mandi. Amalkan selalu setiap pagi selepas bangun daripada tidur. Senang dan mudah. Cuba dan lihatlah kesannya kerana saya telah mencubanya.

52. Muka Berseri
Bangun pagi, sebelum air menyentuh mana2 anggota badan, gunakan jari telunjuk dan rautkan menggunakan air bermula dari bawah muka hingga ke dahi disertai dengan selawat. Buat sebanyak 3 kali. Amalkan setiap hari. Insya ALLAH, wajah anda akan berseri2. Jangan rautkan dari atas ke bawah, sebab ia akan menjadikan wajah cepat kedut. Dan jangan tinggal solat serta baca Alquran dan berwirid.

53. Sentiasa Muda
Ramai wanita yang ingin nampakmuda walaupun usia sudah mencecah sehingga 35 tahun. Petuanya mudah sahaja,apabila bangun dari tidur, ( jangan gosok gigi ) minum segelas air suam beserta dengan selawat. Insyaallah umur 35 tahun pun masih kelihatan muda

54. Nampak Muda
Untuk kelihatan sentiasa muda walaupun umur anda telah meningkat dewasa amalkanlah selalu makan ulam kampung. Ia banyak memberi khasiat pada tubuh badan kita. Dan anda juga digalakkan supaya selalu tersenyum walaupun anda sedang menghadapi banyak masalah. Senyum adalah satu sedekah. Selamat mencuba.

55. Sentiasa Awet Muda
Untuk melihat wajah kita agak muda daripada umur kita, amalkanlah petua saya ini dengan jujur dan ikhlas. Senang sahaja, pertama, setiap kali selepas solat subuh bacalah surah yusuff, kemudian minum air suam sebanyak tiga teguk sahaja. InsyaAllah wajah mu akan kelihatan muda daripada umur sebenar anda. Itu je terima kasih.

56. Kulit Sentiasa Tegang
Basuh muka dengan air. Ambil sebiji putih telor dan sapukan pada muka. Kemudian ambil kapas muka dan letakan pada muka tadi seperti memakai mask selepas itu sapu kembali putih telur tadi di atas kapas muka sehingga basah,biar sehingga sehingga kering Kapas yang melekap di muka akan menjadi seperti topeng muka apabila di buka nanti. Hasilnya kita akan dapat lihat pada topeng itu terdapat headwhite dan kotoran yang terdapat pada muka, amalkan sakali setiap minggu. Pasti wajah anda tidak terdapat jerawat dan kulit akan putih dan lembut.

57. Muda Jelita Sentiasa
Setiap wanita amat mementingkan kecantikan dan kesihatan diri. Amalan memakan Ulam-Ulam yang segar dan Buah-buahan tempatan dapat membantu kita mengekalkan Kesihatan dan akan kelihatan lebih Muda dari Usia Sebenar. Ulam - ulaman yang saya maksudkan ialah Ulam Pegaga. Amalkan memakan Ulam Pegaga selama beberapa Minggu dan anda akan lihat hasilnya. Ianya juga memberi kesan yang Baik kepada kesihatan dalaman anda. Selamat mencuba petua ini.

58. Wajah Jelita
Semasa berdandan diwaktu pagi baca selawat nabi dikedua tapak tangan dan raupkan ke muka berserta niat dalam hati supaya di indahkah wajah seperti nabi Yusuf, jangan takbur bila petua ini berkesan dan sampaikan kepada orang lain

59. Lentikkan dan Lebatkan Bulu Mata dan Kening
Ingin kelihatan cantik , Gunakan Lendir pokok Lidah Buaya dan sapukan pada bulu mata dan kening anda. Insyallah... ...lakukan berulang-kali untuk mendapat hasil terbaik.

60. Memutihkan Kulit Muka
Ambil sebatang timun batang diparut isi dalam nya dan campur bersama 1/2biji asam limau nipis bersama bedak sejuk dipakai dimuka tiap tiap malam insyaallah kulit muka akan jadi putih dan jerawat pun hilang.
61. Menghaluskan Kulit Muka
Petua ini diberikan oleh guru saya iaitu En. Alias Hamdan. Caranya ialah anda perlu dapatkan putik kelapa muda dan asahkan putik kelapa muda itu pada batu. Kemudian ada lumurkanlah pada muka anda..


Menurunkan Darah Tinggi

62. Minumlah air rebusan pokok Hempedu Bumi Pokok Cerita.

63. Minumlah air rebusan daun Pokok Ati-ati.

64. Makanlah biji buah Peria.

65. Makanlah pucuk Pokok Pala sebagai ulam.

66. Minumlah air rebusan Pokok Dukung Anak.

67. Minum air rebusan taugeh seminggu sekali.. Air dan taugeh hendaklah sama nisbahnya.

68. Rebus daun pandan wangi secukupnya dengan dua gelas air. Biarkan hingga tinggal setengah gelas sahaja. Minum setiap pagi dan petang.

69. Makanlah 3 ulas bawang putih mentah. Jika tidak tahan baunya, bolehlah direbus.

70. Parutkan kunyit sebesar ibu jari. Perah airnya dan tambah dua sudu madu. Minum ramuan ini setiap pagi dan petang.

71. Juga Untuk Menurunkan Darah Tinggi
Ambil segenggam daun kucai, basuh bersih selepas itu masukkan kedalam mesin bersama dengan sedikit gula batu yang telah dihancurkan. Mesin sehingga lumat atau hancur ( jangan campur dengan air ) bagi mendapatkan patinya sahaja. Masukkan kedalam bekas mangkuk atau cawan, selepas itu embunkan sehingga pagi.Bila bangun pagi sebelum minum atau makan hendaklah diminum air pati daun kucai serta dengan selawat 3 kali. Amalkan selama tiga hari, selepas itu jumpalah doktor untuk buat pengesahan. Insyaalah darah tinggi akan jadi normal.

72. Menghilangkan Kencing Manis
Hari ini ramai dikalangan kita menghadapi masalah kencing manis tidak kira tua atau muda, lebih-lebih lagi dengan pemakanan kita pada hari ini yang semuanya manis-manis belaka. Jadi petua yang saya dapat ini agar dapat kita kongsi bersama-sama. Caranya mudah sahaja, iaitu dapatkan ubi kentang biasa rebus ( tanpa garam atau bakar menggunakan ( Oven ) apabila dah kira cukup masak hidangkan untuk dimakan ( sebelum tidur atau makan sebelah malam ataupun sebelah pagi ). Rahsianya tentang ubi kentang ialah ianya bersifat menyerap segala yang manis dan masin berlebihan yang ada didalam badan. Contohnya apabila masakan seperti kari anda terlalu masin, lalu ubi kentang dimasukkan kedalam kari tadi dan hasilnya segala masin kari akan diserap oleh ubi kentang tersebut, Dan kalau boleh petua ini amalkan selama dua atau tiga minggu anda akan dapat perbezaan sekirannya anda menghadap! i penyakit kencing manis dan orang yang sihat pun boleh mencuba sebagai pencegahan awal.

73. Mengurangkan dan Menghilangkan Sakit Gastrik
Jika anda kerap mengalami masalah gastrik ( pasti anda tidak mengambil makanan mengikut jadual), amalkan makan tepat pada masanya, contoh : jika makan tengahari anda pukul 12.00, begitu juga hendaknya pada hari-hari berikutnya tanpa berlengah. Lama-kelamaan. ... insyallah gastrik akan hilang... ia daripada pengalaman saya sendiri...kini gastrik tiada lagi!

74.. Tajamkan Penglihatan
Amalkan hidup anda dengan meminum air suam setiap hari, mandi pada waktu subuh iaitu sewaktu bangun tidur dengan siramkan air dari hujung kaki hingga kepala. Makanlah buah-buahan seperti epal, anggur dan lobak putih serta banyakkan melihat pemandangan yang jauh dan serba hijau seperti pokok, dan selalu menghadap ke kiblat.

75. Melawaskan Kencing
Untuk melawaskan kencing, ambil beberapa biji lobak putih campur dengan batang kangkong bersama akarnya, direbus sekali. Selepas air itu menjadi suam, amalkan meminum ayer itu. InsyaAllah sekiranya seseorang itu baru hendak menjadi penyakit batu karang, ia akan memecahkan batu karang tersebut. Sekiranya tidak ada penyakit, ia mencegah dari mendapat penyakit batu karang.

76. Menurunkan Darah Tinggi
Untuk cepat menurunkan darah tinggi ketika diserang darah tinggi. Pertama buat dua rakaat solat hajat mohon pada Allah. Kedua ambil beberapa ulas bawang putih, mesin jadikan jus dan ambil 6 titik jus tadi di masukkan kedalan segelas air dan di minum 3 kali sehari, Insyaallah dengan izin Allah, selamat mencuba.

77. Menghilangkan Sakit Kencing Manis
Jika ada mengalami sakit kencing manis, sila ambil beberapa helai daun jarak rebus sehingga mendidih dan bersanguhlah/ bertengkumus ( bertengkumus maksudnya berselubung ) selama setengah jam, sehingga badan berpeluh pada setiap pagi iaitu sebelum matahari terbit. ( Semasa bersanguh / bertengkumus atau berselubung mestilah tanpa memakai baju). Dan amalkanlah selama satu bulan.


Berkesan atau tidak umi tak tau, tapi cubalah, Insya Allah kalau yakin dan benar benar mengharapkan pertolongan Allah swt, nescaya Allah swt tidak akan menghampakan hambaNya