Monday, June 1, 2009

Apa yang manusia cari dalam hidup ini

Assalamualaikum,

Hari ni Mami mendapat satu kejutan yang paling hebat dalam sejarah pekerjaan Mami sabagai boss kecil department Mami

Staf mami yang Mami paling sayangi menghantar surat berhenti kerja. Bayangkan lah selama lebih sepuluh tahun bekerja dibawah penyeliaan Mami, dia yang staff terbaik yang pernah beri tunjuk ajar, hari ini menghantar surat untuk berhenti kerja?

Staf ni memang menjadi harapan Mami untuk menggantikan tempat Mami sekiranya Mami berhenti kerja nanti, semua yang ada didalam dada Mami telahpun mami curahkan kepadanya, dan dia seorang staf yang tidak pernah melawan cakap Mami. Apa sahaja arahan dari Mami akan dibuat sebaik mungkin. Apabila dimarahi kerana ada perkara perkara yang salah yang telah dilakukan oleh nya, dia tidak segan silu meminta maaf , dan tidak pernah pula bersikap negatif.

Di mengambil keputusan untuk berhenti kerana mendapat tawaran ditempat lain yang lebih baik kedudukannya. Walaupun Mami terasa berat hati untuk melepaskannya, Mami tidak mau pula memberikan apa apa nasihat yang mungkin nanti disalah tafsir sebagi tidak mahu melepaskanya. Biarlah dia membuat keputusan sendiri.

Mami cuma berharap keputusan yang diambil ini adalah sebaik baik keputusan demi untuk masa depannya.

Itulah kita sebagai manusia, sentiasa tidak menghargai sesuatu yang ada didepan mata, hanya apabila kita kehilangannyan barulah kita meratapinya.

All this while I thought she is comfortable working here under my supervision, when actualy she is not that comfortable, because if she is why did she seek for another job elsewhere. May be I have mistreated her silence , thinking that everything is okay, when something is not .........

Well it is too late, she has already tender her resignation. I only wish her goodluck for her future undertakings. I am very sad, upset, angry............................ I dont know why . May be frustration is the correct word.

Well life must go on, there's a lot to be done, with the coming tournament , she is leaving , another staf has already left last week (not that I missed the staff). I am feeling awfully tired.

Aduhhhhhhhhhhhhhhh, Ya Allah hanya kepadaMU aku berserah, hanya kepadaMU aku memohon pertolongan, berikanlah aku kekuatan untuk mengahadapi segala masalah duniawi ini

Inilah secebis kisah Mami pada hari ini, yang akan Mami ingat selalu kerana mungkin ia akan menjadi pengajaran paling baik untuk Mami dimasa akan datang

No comments:

Post a Comment