Tuesday, April 14, 2009

Assalamualaikum,

Mami menulis hari ini dari Kota Kinabalu, Sabah sbb Mami kena bekerja diluar daerah dari 13 April hingga 17 April .

Mami ditugaskan oleh Boss Mami untukmelawat branch, kerana dua staff yang bekerja dibranch ni terlibat dalam kemalangan yang agak mengerikan. Yang memandu cedera parah dibahagian wajahnya, manakala yang menumpang pula patah tangannya. Mereka memandu sebuah kereta Myvy yang telah bertembung dengan sebuah lori disimpang empat.

Mami baru saja balik dari melawat keduanya di Sabah Medical Centre. Airmata tak berhenti mengalir mengalir sampai saat mami menulis sekarang ini. Staf yang memandu itu mengalami kecederaan yang agak parah, matanya terkeluar dari rongga mata akibat hentakan yang terlalu kuat di mukanya. Wajahnya yang bujur sirih kini menjadi bulat akibat bengkak, dan berselirat dengan jahitan.

Mami masih lagi teresak esak semasa menulis pengalaman Mami melawat staff Mami yang bernama Munirah itu , pukul 2.00 petang tadi. Semasa berhadapan dengannya mai begitu sebak hingga airmata mengalir begitu laju ,sehinggakan Mami lansung tidak dapat berkata apa apa ketika itu.

Setelah hampir 5 minit berlalu barulah mami dapata mengawal persan lau mendekat nya sambil memegang tangannya. Beliau bertanya "Siapa ni", mungkin kerana matanya yang tinggal sebelah itu masih lagi kabur yang menyebabkan beliau tidak mengenali diri Mami. Sebaik sahaja Mami mengenalkan diri, beliau tersenyum lalu menggenggam tangan Mami dengan lebih erat lagi." Dari jauh kakak datang?", itulah yang diucapkannya, sehingga Mami tidak lagi dapat mengawal air mata sekali lagi

Sehingga akhir lawatan, mami tidak dapat lagi bersuara kerana terlalu sebak melihatkan keadaannya. Ya Allah kau tabahkanlah hatinya menghadapi ujian Mu ini, itu sahaja yang Mami doakan sepanjang Mami bersamanya. Semasa Mami bangun untuk meminta diri dia sekali lagi dia menggenggam tangan Mami seperti tidak mahu melepaskan Mami pergi.Setelah Mami mencium dahinya sambil berjanji akan datang lagi melawatnya barulah beliau melepaskan tangan Mami.

Sebaik sahaja mami menghidupkan lap top mami maka bertubi tubi la pertanyaan dari rakan rakan seofis yang ingin mengetahui akan keadaan dirinya. maka sepanjang mami menulis di Yahoo Messenger, Mami menangis teresak esak mengenangkan apa yang dikatakan oleh Munirah , "Nda cantik lagi aku sekarang ini, sampai tualah aku nda kawin nanti" pada rakan rakan yang melawatnya.Umur yang semuda 23 tahun telah diberi Allah ujian yang begitu besar sekali. Subhanallah, Maha Suci Alah yang mengetahui apa yang akan terjadi kepada makhlukNya.

Mami berharap peristiwa ini akan menjadi peringatan untuk diri Mami serta semua umat Isalam di dunia ini. Innalilah, dari Allah swt kita datang kepada Allaah jua kita akan pergi. Segala sesuatu yang berlaku itu adalah semuanya kerana Allah semata mata, tiada yang lain yang berkuasa melakukan sesuatu kecuali dengan kehendak Allah semata mata.

sampai disini dulu, Insya Allah Mami akan sambung lagi dilain kali.

Wassalam

Monday, April 6, 2009

Assalamualaikum,

Kali ni Mami nak berikan petua untuk merawat penyakit dengan kaedah tradisional menggunakan herba Yang mudah kita dapati di sekeliling kita, sejauh mana keberkesanan nya Mami pun tak tau, cuba lah, mana tau mujarab. Insya Allah


Limau Nipis
Limau Nipis mudah didapati di kampung-kampung dan dijual dengan harga yang murah. Air Limau Nipis sangat berkhasiat untuk beberapa kegunaan.

PENYAKIT- KAEDAH MERAWAT

Kurap dan panau
· Serbuk belerang, minyak kelapa, air limau nipis dicampur dan sapu di tempat sakit. Amalkan satu minggu

· Selesema disebabkan udara yang sejuk.
· Limau nipis, kapur sirih, 2 titik minyak kayu putih dicampur, limau dibakar diperah air dan diminum

· Bau badan yang busuk
· Daun limau nipis muda ditumbuk dan dimakan
· Sakit kepala
· Minum air limau nipis sedikit

· Menjaga suara
· Perahan air limau dan gula batu diminum

· Suara serak
· Limau nipis dimesin, dicampur air dan dipanaskan. Disedut wapnya

· Tercekik tulang
· Air perahan limau nipis diminum

· Mencuci pakaian yang terkena karat.
· Limau dipotong, dibuang biji dan digosok pada tempat karat campur dengan serbuk garam

· Darah tinggi
· Air limau nipis diminum pagi dan petang

· Berat badan berlebihan
· Air limau nipis diminum selepas makan

· Pening kepala
· Perahan limau nipis di letakkan di kepala, dibiarkan seketika, kemudian mandi dengan air limau tanpa membilas dengan air lain

· Cagu
· Perah air limau nipis pada cagu

KELAPA
Pokok yang mempunyai pelbagai kegunaan dari batang hingga ke pucuk.Tetapi kelapa juga mempunyai nilai perubatan yang istimewa.

PENYAKIT -KAEDAH MERAWAT

Batu karang
· Air kelapa muda, serbuk lada hitam dicampur, minum 2 kali sehari

· Luka dan lebam
· Kelapa tua diparut, cuka dicampur, ditampal ditempat sakit

· Lelah dan semput
· Kelapa muda ditebuk dan diberi beruk minum, baki airnya diminum

· Sakit gigi
· Tempurung kelapa dibakar dan diambil minyaknya, di sapu pada gigi yang sakit

· Kudis
· Minyak kelapa, belerang dicampur dan dipanaskan dan disapu pada kudis

· Kulit muka yang kering
· Lembabkan wajah dengan air kelapa tua

· Tumit kaki yang pecah
· Sapukan dengan minyak putik kelapa yang dibakar

· Panas dalam badan
· Air kelapa muda, telur ayam kampung dicampur diminum

· Kanak-kanak yang panas dalam badan
· Air kelapa campur madu diminum

· Mabuk darah atau ubat
· 2 sudu air kelapa diminum

· Lenguh badan
· Mandi dengan air kelapa

· Denggi berdarah
· Air kelapa muda, perahan limau nipis diminum

· Memudahkan bersalin
· 1 sudu minyak kelapa diminum seminggu sekali. Amalkan dari 6 bulan kandungan

· Sakit pinggang
· Minum air kelapa sambil berdiri

· Demam campak
· Air kelapa muda diminum

· Terminum racun
· Minum air kelapa sebanyak mungkin

BAWANG MERAH, BAWANG BESAR DAN BAWANG PUTIH
Tidak lengkaplah dapur jika tiada bahan tersebut dan masakan tidak cukup enak tanpanya. Di samping pengunaannya yang meluas tersimpan kadungan yang sangat baik untuk kesihatan.

PENYAKIT - KAEDAH MERAWAT
Kulit yang terkena duri
· Bawang merah dicelup minyak kelapa dan dibakar, ditampal ditempat terkena duri

· Luka akibat paku berkarat
· Bawang putih dicelup minyak kelapa dan dipanaskan, ditampal di tempat luka

· Jari berdarah akibat terkena jarum
· 3 sulur bawang merah dicelup minyak, bungkus dengan daun pisang, dibakar dan ditampalkan

· Haid yang tidak teratur dan sakit
· Bawang merah dihiris, minyak tanah dicampurkan dan diurut pada perut

· Menghilangkan bisul
· Gosokkan dengan bawang putih

· Darah tinggi
· Bawang putih dibakar dan dimakan

· Rasa pitam dan mabuk
· Cium bawang merah

· Resdung
· Cium daun bawang merah

· Gigi dimakan ulat
· Bawang putih, cengkih ditumbuk dan ditampal

· Barah perut
· Umbi pokok bawang putih ditumbuk, dicampur madu dan gula, dimakan

· Disentri
· Bawang putih dikunyah dan minum madu. Amalkan selepas bangun tidur

· Tanda hitam dimuka
· Bawang putih dicampur minyak badam, ditumbuk dan disapu dimuka

· Rheumatik
· Bawang putih, halia muda, minyak zaiton dicampur, ditumbuk dan disapukan

· Osteoporosis
· Bawang putih, bawang besar dibakar dan dimakan dengan telur ayam.

· Sengal kaki
· Bawang putih, halia ditumbuk disapukan

· Jeragat
· Sulur bawang putih dicampur madu dan disapu

· Disengat kala jengking
· Umbi pokok bawang putih digiling dan disapukan

· Infeksi paku berkarat
· Bawang merah dicelup minyak dan dibakar, disapukan

· Bulu roma yang tidak cantik
· Bawang merah ditumbuk dan dilumurkan

· Kuku tidak berkilat
· Gosokkan bawang putih pada kuku

· Rambut gugur
· Makan bawang putih

· Jerawat batu
· Titikkan air bawang putih

· Telinga bernanah dan panas
· Bawang besar dicelup minyak zaiton, dibakar dan airnya di titiskan di telinga

· Suara serak
· Bawang besar ditumbuk hancur, airnya minum

· Penghadaman lambat
· Air perahan bawang besar diminum

· Kudis bernanah
· Bawang besar dibakar diletak pada kudis

· Radang paru-paru
· Bawang besar ditumbuk dan diletak didada

· Kencing berdarah
· Bawang besar dibakar dan ditampal pada bahagian pundi kencing

· Kencing manis
· Banyakkan memakan bawang besar

BIJI JINTAN HITAM
Di Malaysia, biji jintan hitam dikenali sebagai bijian hitam adalah sangat banyak kegunaannya. Tetapi saya percaya kebanyakan orang tidak mengetahui manfaatnya.

PENYAKIT - KAEDAH RAWATAN

Bengkak dibahagian mata
· Basuh dengan air rebusan jintan hitam di waktu pagi dan petang

· Telinga bernanah
· Titikkan pati jintan hitam ke dalam telinga

· Pening sebab sakit telinga
· Minum air rebusan jintan hitam, titik telinga dengan minyak zaitun, kepala digosok dengan air limau nipis, minum air ketumbar selepas bangun dari tidur

· Mulut busuk
· Berkumur dengan rebusan jintan hitam, titikkan air pati minyak jintan hitam ke dalam telinga

· Resdung di muka
· Wapkan wajah dengan air rebusan jintan hitam

· Tonsilitis
· Berkumur dengan jintan hitam yang dicampur dengan madu asli

· Perut kembung
· Jintan hitam diminum bersama susu masam

· Barah usus
· Jintan hitam dan madu dimakan bersama

· Penyakit Limpa
· Jintan hitam,halia ditumbuk dan diminum airnya

· Barah hati
· Serbuk jintan hitam dicampur gula, diminum

· Darah gemuruh
· Serbuk jintan hitam dicampur air suam,diminum

· Radang hati dan saluran darah sempit
· Minum air jintan hitam

· Sakit kepala
· Minyak jintan hitam disapu dikepala dan airnya diminum

· Radang paru-paru
· Serbuk jintan hitam campur minyak zaitun sapu didada, jintan hitam makan bersama madu

· Bengkak buah pinggang
· Jintan hitam dimakan bersama madu

· Barah payu dara
· Jintan hitam dimakan bersama madu

· Barah kulit
· Lumur dengan pati minyak jintan hitam

· Panau
· Sapukan serbuk jintan hitam dicampur cuka

· Kulit melecur
· Debu jintan hitam, minyak badam sapu dikulit

MENGKUDU

PENYAKIT - KAEDAH RAWATAN

Batuk
· Buah mengkudu dimakan bersama garam

· Darah tinggi
· Minum air perahan buah mengkudu masak

· Sakit perut
· Tampal diperut daun mengkudu yang dipanaskan selepas dilumur minyak kelapa

· Kelumumur
· Air buah mengkudu disapu di kepala

· Kencing manis
· Makan buah mengkudu masak

· Sakit kaki
· Balut daun mengkudu yang telah disalai

· Rambut tidak cantik
· Basuh rambut dengan air buah mengkudu masak yang diembun semalaman

ASAM JAWA

PENYAKIT - KAEDAH RAWATAN

Sakit kepala
· Minum air asam jawa

· Bengkak disebabkan jatuh
· Tampalkan campuran asam jawa, air dan garam

· Karat di gigi
· Debu biji asam jawa yang digoreng digosokkan

· Bisa disengat lipan
· Tampalkan biji asam jawa yang telah ditumbuk

· Perut buncit
· Asam jawa, jadam, air dididihkan, tampalkan pada perut, balut dengan bengkung

· Demam panas dan lemah
· Air asam jawa di sapu pada ubun dan air diminum

KUNYIT

PENYAKIT - KAEDAH RAWATAN

Bengkak merah di badan
· Parutan kunyit dicampur kapur sirih, panaskan, sapukan pada bengkak

· Penyakit usus buntu
Kunyit, garam, gula merah, air limau nipis, air panas dicampurkan, diminum

· Kelopak garam
· Kunyit diasah dengan minyak masak, ditampal

· Saluran peranakan
· Minum rendaman kunyit dengan air suam

· Muka yang pucat
· Minum air ibu kunyit yang telah dibakar dan ditumbuk (ibu bersalin) Sapukan ke muka beras halus dicampur kunyit ditumbuk

POKOK DUKUNG ANAK

PENYAKIT
KAEDAH RAWATAN

Juandis
· Minum air pokok dukung anak yang ditumbuk (dewasa) Minum susu kambing yang dimasak bersama pokok dukung anak (bayi)

· Darah tinggi
· Minum air rebusannya

· Kencing berdarah
· Minum air rebusannya

· Kudis kulit
· Sapukan air perahannya

· Hepatitis
· Minum susu kambing yang dimasak bersama pokok dukung anak

· Kencing manis
· Minum air rebusan pokok yang telah dikeringkan

· Kencing malam
· Minum air rebusan pokok yang telah dikeringkan

· Beser atau dedas
· Minum air rebusan pokok yang telah dikeringkan

Selamat mencuba.
Assalamualaikum,

Lamanya tak menulis, disebabkan kesempitan masa yang teramat sangat, maka Mami post kan saja artikel ni yang mami terima dari email serang kawan di e group Mami

TAKWA DAN BERAKHLAK MULIA
Para sahabat bertanya,"Apakah perlakuan yang paling banyak memasukkan sseorang ke dalam SYURGA?" Jawab Baginda"Taqwa & berakhlak mulia ."
Kemudian mereka bertanya tentang perlakuan yang banyak memasukkan seseorang ke dalam NERAKA. Baginda menjawab"Kejahatan mulut & kemaluan."
--Al-hadith- -
Hadith riwayat At-tirmidzi "Tidak ada yg paling berat pada timbangan melainkan akhlak yang baik. Akhlak yang baik dapat menghapuskan kesalahan seperti matahari mencairkan air yang beku."
Sebaik-baik kekayaan adalah kekayaan jiwa, Sebaik-baik bekal adalah taqwa, Seburuk-buruk buta adalah buta hati, Paling besar dosa adalah dusta, Paling buruk mata pncarian adalah riba, Paling buruk makanan adalah memakan harta anak yatim..

DARJAT PEMBACA Al-QURAN :
1)Jutawan - membaca 300-1000 ayat sehari
2)Jayawan - membaca 200-299 ayat sehari
3)Setiawan - membaca 100-199 ayat sehari
4)Pemelihara - membaca 50-99 ayat sehari
5)Yang Ingat - membaca 10-49 ayat sehari
6)Yang lalai - membaca 0-9 ayat sehari
--Petikan dari buku HIDUP BERTAQWA oleh Dato' Ismail Kamus-
Hadith riwayat Ahmad "Perbaharukan iman kamu...!!! Sahabat bertanya: Bagaimana kami hendak perbaharui iman kami..?? Baginda menjawab:Banyakkan menyebut LAAILAAHAILLALLAH..!!"

UBAT HATI :-
1)Membaca Al-Quran bersama tafsirnya
2)Solat malam @ Qiamullail
3)Berkumpul @ Bergaul dgn orang2 yang soleh
4)Banyakkan berpuasa
5)Zikir malam berpanjangan
--Petikan dari Syair Jawa-- "Islam mengagungkan ilmu;mencarinya sebagai ibadah, belajarnya sebagai tasbih, menelitinya sebagai ijtihad, & mengajarnya kepada org lain sebagai suatu sedekah." Sayyid Sabiq(Ulama kontemporari Mesir) Who I Want to Meet:
Surah Al-Baqarah ayat 208 "Hai orang2 yang beriman,masuklah kamu ke dalam ISLAM secara keseluruhannya & janganlah kamu turuti langkah2 Syaitan. Sesungguhnya Syaitan itu musuh yang nyata bagimu."
Surah Muhammad Ayat 7 "Hai orang2 yang beriman, jika kamu menolong agama Allah, nescaya Allah akan menolong kamu & meneguhkan kedudukanmu."
Surah Ad-Dzaariyaat ayat 56 "Dan tidak Ku jadikan jin & manusia melainkan supaya mereka menyembah dan beribadat kepada Ku." Surah Ar-Ra'du ayat 28 "Orang2 yang beriman & hati mereka tenang dengan mengingati Allah. Ingatlah, hanya mengingati Allah, hati akan menjadi tenang."
Surah Al-Hujuraat ayat 10 "Sesungguhnya orang2 mukmin itu adalah bersaudara maka damaikanlah antara kedua-dua saudaramu & bertaqwalah kepada Allah supaya kamu mendapat rahmatnya."
Surah Al-Israa' ayat 44 "Langit yang 7, bumi & segala yang ada di dalamnya bertasbih kepada Allah. & tidak ada satu pun melainkan bertasbih dengan memuji-Nya, tetapi kamu sekalian tidak mengerti tasbih mereka. Sesungguhnya Dia Maha Penyantun lagi Maha Pengampun."

Semoga ini menjadi PERINGATAN dan KEINSAFAN bagi kita semua.....