Tuesday, September 29, 2009

Ipin dah mati

Assalamualaikum,

Sudah terlalu lama rasanya tidak menulis di blog ni, sudah hampir masuk dua bulan lamanya.

Maklumlah, masa bulan ramadhan yang lalu bulan Maghfirah, mami cuba sedaya upaya untuk menjalani ibadah puasa dengan penuh khusyuq dan Tawadduk, untuk mendapat ganjaran pahala yang cuma dioffer sebulan sahaja setiap tahun.

So mami tak dak masa lah untuk mencoret apa apa didalam bolg ni semasa bulan puasa, dah tu balik beraya pulak , punya la lama sampai sembilan hari dikampung.............phuh beraya sakan mami tahun ni

Balik dari beraya dikampung mami mendapat khabar bahawa ipin yang mami titipkan dirumah jiran mami dah mati

Begitu sedih sekali umar bila mendapat berita kematian ipin, tapi ipin dah pun diganti dengan ikan yang baru oleh cik Liza yang baik hati. kesedihan Umar terus terubat denagan adanya ganti si Ipin. Ikan yang baru ni diberi nama Badrul la pulak (Karekter budak lelaki dalam cerita Upin dan Ipin the Gang). Macam macam lah Umar ni.

Semasa Bulan puasa yang lalu Umar dah dapat seekor lagi ikan laga untuk kawan si Ipin, dan ikan tu dah diberi nama Kak Ros (juga Karektor dalam cerita Upin dan Ipin), Sebab tu la ikan baru ni diberi nama Badrul (badrul ni kengkononnya berkenan sangat dekat kak ros tu dalam cerita upin dan Ipin tu.

ok setakat ni jelah celoteh mami kali ni, Insya Allah kalau Mami rajin , esok esok boleh tulis lagi.

Wassalam
Mami