Assalamualaikum
Mami sakit...............lepas balik kampung khenduri kawin Hakim dan Seri,(dua sekali, anak kakak mami kawin)Mami dibawa kehospital sbb sakit bisul. He he he, malunya nak cerita tapi, sakit itu memanglah dugaan Allah SWT.
Mami masuk hospital pukul 12 tengahari, operasi buang bisul pukul 6 petang, berlanjutan sampai pukul 7.30 malam
Sakit nya............. tuhan saja yang tau (dan sesiapa yang pernah mengidap sakit bisul juga tahu). Selepas dibedah, sakit bisul tu dah berganti dengan sakit luka pembedahan pulak................maka terlantar lah Mami dihospital ni sampai berapa hari tak taulah(sehingga diberitahu kelak).
Yang Mami nak coretkan disini bukanlah sangat cerita pasal sakit Bisul Mami ni ( tak lah se sensasi mana pun sakit bisul ni)tapi ada sesuatu yang dah berlaku kat opis tempat Mami menimaba rezeki..............
Sebenarnya dah lama Mami nak menaip di kekunci Puteri manggis ni, tapi masa tak menizinkan, mana sebk kerja lagi, sebok anak penakan nak khenduri lagi, sebok kehulu kehilir mengahantar Umar tuition lah, Kumon lah, menagaji lah..............phuh mengalahkan menteri seboknya Mami ni.
Ceritaya, Boss mami resign.................yesssss, boss mami yang dah bekeraj bersama Mami selama 15 tahun lamany resign. "Kusangka panas hingga kepetang rupanya ribut taufan ditengahari". Mami terkomap, tersenyap, terdiam, terbisu, terkedu dan macam macam "ter" lagi.
After 15 years working together(Mami kuli, dia Boss), laughing together, crying together, eating and drinking together (selalunya dia yang belanja), not to mention sleeping together(masa Mami bujang dulu), Carpooling together (Mami tumpang kereta dia), balik kampung together, dan all the other things that we have done together, she resign??????????
Yes, she resigned because of an SMS sent to her by her Boss(Who is Mami's Big BOSS), an SMS which hurts so deeeeep, which no drugs can ever cure the cuts,no stiches can ever stich the wound, no painkillers can ever eased the pain. (bear in mind , Mami is still in the hospital while typing this.
Mami pun akan resign, kalau Mami dapat SMS yang begitu rupa, selepas 16 tahun Mami bekerja disini, tak pernah sekalipun terlintas diahati Mami akan berlaku apa yang telah berlaku sekarang ni. Hasrat diahati nak bekerja lah sampai Mami pencen nanti, bersama kawan kawan lama yang dah lama bekerja bersama sama.
Selang 2 bulan yang lalu seorang sahabat lama yang juga dah bekerja bersama Mami hampir 15 tahun,berhenti.......ini pun ada kena mengena dengan BOSS besar tu jugak. hmmm........, entahlah, nampaknya Mami terpakasa lah kuburkan niat untuk bekerja sampai pencen disini, kerana 'loyalty' Mami bukan kepada BOSS besar tu tapi kepada Boss Mami.
Boss Mami ni sebenarnya adalah Junior Mami masa Mami dekat sekolah menengah dulu, kami dah pun makan sekawah selama 3 tahun dizaman remaja kami, dan kesinambungan nya ialah apabila dia masuk bekerja di syarikat tempat Mami bekerja sebagai Boss Mami (nasib baik lah Mami tak pernah buli dia masa kat sekolah dulu, kalau tiiiidak, hari pertama dia masuk tu mami dah kena hantar surat resign la, sbb memang Mami kaki pembuli Junior masa kat sekolah dulu.................tapi tak lah sampai sepak terajang, setakat minta tolong basuh baju ngan kasut jerrrrrr.( ok la kan? Buli sikit sikit jer utk faedah bersama......)
Mami pun dah tak pasti, bolahkah Mami kerja lagi kat pejabat tu kalau Boss Mami dah tak ada? Mami tau ada segelintir staff lain yang agak teruja bila boss mami resign ni, maklumlah, dalam dunia ni memang ramai yang ada phd (penyakit hasad dengki). Walau apa pun yang akan terjadi, yang pastinya Mami pasti kan menghadapi suasana yang terlalu asing bila Boss mami tu dah betul betul tiada dipejabat tu nanti.
Mami sedang berkira kira untuk Cari kerrja lain, he he he , angan angan bolehlah, sapalah yang nak ambil makcik umur 46 tahun ni kerja lagi, kecualilah untuk jadi tukang cuci...........aduh tak rela.............
Apa apapun, suami tercinta dah bagi iklan ,"sana tu dekat Batu Gajah, ada kerja kosong sebagai surirumah sepenuh masa tak bergaji....."
Ha, kalau nak tau suami tercinta mami dah lama dah kena tukar bertugas di Batu Gajah, yelah semua yang ada di stesen keretapi Sentul dah berpindah ke Batu Gajah, jadi dia pun terpaksa lah dipindahkan ke Batu gajah.
Semenjak Suami Mami berpindah tugas, dia cuma balik seminggu sekali , malam Jumaat sampai ahad petang saja dia akan bersama Mami sekeluarga. Selainnya dia akan berada di Staff Kuarters di Batu Gajah, cuma bila ada cuti panjang barulah Mami pulak akan berkunjung ke sana untuk bersamanya.
Mami dah bermuzakarah dengan Suami yang Mami mungkin akan bekerja sampai umur mami 50 tahun, (4 tahun saja lagi)kemudian Mami akan berpindah untuk bersamanya di batu Gajah sampai lah dia pence (hmmmm, dalam 7 tahun selepas itu, kemudian kami akan sama sama balik Kajang.
Disebabkan apa yang dah berlaku ditempat kerja Mami nampaknya Che Wan (suami tercinta) akan bersyukur panjang kehadrat Ilahi, sbb Mami mungkin pencen awal ............., setiap yang berlaku itu ada hikmahnya......AAminnnn
Nampaknya Mami dah berceloteh panjang dalam coretan kali ni....tapi cerita Mami belum habis lagi. Mami akan menulis lagi esok sbb...........he he he Mami mana ada kerja lain nak buat lagi..........
Wassalam.
Thursday, March 25, 2010
Subscribe to:
Posts (Atom)