Pada hari Jumaat penghulu segala hari ini, mami mohon pada Allawa swt agar diampunkan segala dosa, dimurahkan rezeki yang halal, dipermudahkan segala urusan dan semuga sentiasa berada dalam keredhaan Allah swt.
Pada pagi yang mulia ini mami dah breakfast dgn Boss mami pepagi tadi. Alhamdulillah Boss mami ni berada dalam mood yang agak baik pagi ni. Maklum lah nama pun Boss, selalunya dia ni mood tak berapa ok kalau pagi pagi, sbb banyak sangat masalah yang perlu diselesaikan setiap pagi.
Okay, mami nak cerita sikit pasal Lady Boss mami ni, berpangkat GM (dia selalu kata General Man Power, bukan General Manager) dan masih single lagi. Kami dah kerja bersama dibawah satu syarikat hampir 15 tahun lamanya, so dah kenal sangat hati budi masing masing.
Sebenarnya mami kenal Boss mami ni sejak dari sekolah lagi, dia junior mami masa mami kat sekolah menengah , pas tu ditakdirkan kami berjumpa pulak diabawah satu syarikat. Sebenarnya mami yang kerja dulu kat sini, selepas setahun barulah dia masuk kerja kat sini. Hmmm nasib baik jugak mami tak pernah buli dia masa kat sekolah dulu, maklumlah mami ni Pioneer kat sekolah berasrama penuh tu, bila ada junior baru masuk selalulah jugak mami ni jadi
kaki buli, tapi buli sikit sikit saja, tak lah sampai bunuh orang.
Ya lah kalaulah mami pernah buli dia dulu, bayangkan apa yang akan terjadi bila dia masuk kat opis ni jadi Boss mami..................ish ish ish haru la dibuatnya.Itulah yang selalu kita sebagai manusia ni jarang jarang sekali nak pikir, hari ni hari dia, esok kena hari awak pulak...........ketentuan Allah swt tu tak pernah siapa yang tahu selain Allah swt.
Memang mami ni nakal sikit masa kat sekolah dulu, dah tu masuk IPT pun nakal juga, bila kena masuk kokurikulum lagi nakal, asyik nak kenakan orang saja. Haih, bila dikenang kenangkan rasa menyesal tak sudah sbb tak jadi budak baik masa dulu dulu. Apo nak dikato lai, dah terlambat dah mami oiiiiiiii.
Pada pagi Jumaat yang mulia ini aku memohon keampunan mu Ya Allah diatas segala dosa dosa yang telah aku lakukan.
No comments:
Post a Comment