Mami baru saja dapat cerita dari sorang kawan mami ni.
Ish ish ish, kesian la pulak kat kawan yang sorang ni, niat baik nak tolong kawan 16 tahun yang lalu, ha sampai sekarang ni masih terjerat , budi yang diberi tuba pulak la yang dibalas.
Kadang kadang betul juga kata pepatah, " Buat baik berpada pada, buat jahat jangan sekali". Ni akibat berbuat baik tak berpada la ni, hulur bantuan dekat kawan baik yang akhirnya menjerat diri sendiri. Ya lah nama pun cerita 16 tahun yang lau kan, masih berhingus lagi masa tu, niat ikhlas nak tolong kawan yang tengah sesak, tak sangka la pulak kawan tu sanggup menjerat kawan sendiri.
Al kisahnya kawan Mami ni, biarlah Mami namakan dia M, dan kawan dia pulak Mami namakan P. 16 tahun yang lalu, P ada masalah dengan bank, makanya P dan suaminya tidak boleh membuat loan dengan mana mana bank pada masa itu. P memerlukan sebuah kereta yang lebih besar sbb anak anak dah ramai, tapi disebabkan rekod yang buruk dgn bank dia dan suami tak dapat membuat pinjaman dari bank, maka P telah meminta M untuk menolongya. M hanya perlu tandatangan sebagai peminjam dgn bank tersebut, segala urusan pembelian kereta dan ansuran pembayaran bulanan akan diuruskan oleh suami P.
So pendek cerita disebabkan kasihan kepada kawannya maka M pun tandatangan lah perjanjian pinjaman dengan bank tersebut. Punya lah percaya kepada P sehinggakan segala urusan dengan pihak bank semuanya P dan suaminya yang berurusan, dan alamat yang digunakan untuk berurusan pun menggunakan alamat P.
Selepas beberapa tahun berlalu, maka M pula nak membeli sebuah kereta untuk kegunaan bapanya yang dah pencen, amatlah terkejut M bila mendapati namanya berada didalam senarai hitam bank tersebut kerana ada satu pinjaman yang ansurannya sentiasa tertunggak.
M menghubungi P untuk bertanya perihal tersebut, maka P pun meminta maaf lalu mencadangkan untuk menjual kereta tersebut kerana suaminya ingin membeli kereta yang lain, dan juga tidak mahu menyusahkan M lagi dengan rekod buruk akaun tersebut.P berjanji akan menyelesaikan pinjaman tersebut sebaik sahaja kereta tersebut dijual. Oleh kerana mereka telah berkawan lama maka M pun bersetuju lalu menurunkan tandatangan semasa menjual kereta terssbut, segala urusan menjual kereta tersebut dijalankan oleh suami P. Dan oleh kerana percaya kepada kawan dengan sepenuhnya maka M pun tidak pernah bertanya lagi berkenaan dengan kedudukan pinjaman bank tersebut.
Tiba masanya M ingin membeli rumah, maka sekali lagi M terperanjat bila namanya masih lagi berada didalam senarai hitam bank yang sama, dan setelah diselidiki, maka terbongkar lah rahsia dimana semasa suami P menjual kereta dahulu masih ada bayaran tertunggak dengan pihak bank sebanyak RM11,000 yang perlu diselesaikan dan suami P telah mengambil sikap tidak bertanggungjawab dengan tidak menyelesaikan tunggakan tersebut dengan pihak bank.
Alangkah sedihnya M bila menghubungi P untuk menyelesikan masalah tersebut bila P seolah olah tidak mengetahui perkara tersebut, sedangkan dia yang sepatutnya bertanggungjawab kerana segala yang berlaku adalah kerana rasa simpati M terhadap dirinya semasa dia didalam kesusahan dulu. Lebih sedih lagi M bila menghubungi suami P bila suami P pula berpura pura tidak mengenali M, dan tidak tau hutang mana yang M maksudkan. Dan kemudiannya Suami P telahpun memarahi M dan meminta supaya M jangan menggangunya lagi.
Namun begitu M masih lagi dapat bersabar, dan Mami kagum dengan M kerana masih dapat bersabar . Bayangkan lah kalau hutang bank 16 tahun yang lalu, bila dicampur dengan segala interest dan segala macam charges yang dikenakan, jumlah nya kini tentulah 3 kali ganda banyaknya. M mengambil sikap yangn paling mulia dengan memaafkan P dan suaminya dan M kini sedang cuba untuk berhubung dengan pihak bank untuk menyelesaikan hutang tersebut secara ansuran.
Itulah kisah M yang Mami paparkan disini, sebagai peringatan untuk semua yang membaca blog ini termasuklah diri mami sendiri. Ingatlah sekiranya kita ingin menolong sesiapa yang didalam kesusahan jangan lah sampai menjerat diri sendiri.
Ok sampai disini dulu. ada masa Mami sambung lagi
Wednesday, January 28, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment