Assalamualaikum,
Mami menulis hari ini dari Kota Kinabalu, Sabah sbb Mami kena bekerja diluar daerah dari 13 April hingga 17 April .
Mami ditugaskan oleh Boss Mami untukmelawat branch, kerana dua staff yang bekerja dibranch ni terlibat dalam kemalangan yang agak mengerikan. Yang memandu cedera parah dibahagian wajahnya, manakala yang menumpang pula patah tangannya. Mereka memandu sebuah kereta Myvy yang telah bertembung dengan sebuah lori disimpang empat.
Mami baru saja balik dari melawat keduanya di Sabah Medical Centre. Airmata tak berhenti mengalir mengalir sampai saat mami menulis sekarang ini. Staf yang memandu itu mengalami kecederaan yang agak parah, matanya terkeluar dari rongga mata akibat hentakan yang terlalu kuat di mukanya. Wajahnya yang bujur sirih kini menjadi bulat akibat bengkak, dan berselirat dengan jahitan.
Mami masih lagi teresak esak semasa menulis pengalaman Mami melawat staff Mami yang bernama Munirah itu , pukul 2.00 petang tadi. Semasa berhadapan dengannya mai begitu sebak hingga airmata mengalir begitu laju ,sehinggakan Mami lansung tidak dapat berkata apa apa ketika itu.
Setelah hampir 5 minit berlalu barulah mami dapata mengawal persan lau mendekat nya sambil memegang tangannya. Beliau bertanya "Siapa ni", mungkin kerana matanya yang tinggal sebelah itu masih lagi kabur yang menyebabkan beliau tidak mengenali diri Mami. Sebaik sahaja Mami mengenalkan diri, beliau tersenyum lalu menggenggam tangan Mami dengan lebih erat lagi." Dari jauh kakak datang?", itulah yang diucapkannya, sehingga Mami tidak lagi dapat mengawal air mata sekali lagi
Sehingga akhir lawatan, mami tidak dapat lagi bersuara kerana terlalu sebak melihatkan keadaannya. Ya Allah kau tabahkanlah hatinya menghadapi ujian Mu ini, itu sahaja yang Mami doakan sepanjang Mami bersamanya. Semasa Mami bangun untuk meminta diri dia sekali lagi dia menggenggam tangan Mami seperti tidak mahu melepaskan Mami pergi.Setelah Mami mencium dahinya sambil berjanji akan datang lagi melawatnya barulah beliau melepaskan tangan Mami.
Sebaik sahaja mami menghidupkan lap top mami maka bertubi tubi la pertanyaan dari rakan rakan seofis yang ingin mengetahui akan keadaan dirinya. maka sepanjang mami menulis di Yahoo Messenger, Mami menangis teresak esak mengenangkan apa yang dikatakan oleh Munirah , "Nda cantik lagi aku sekarang ini, sampai tualah aku nda kawin nanti" pada rakan rakan yang melawatnya.Umur yang semuda 23 tahun telah diberi Allah ujian yang begitu besar sekali. Subhanallah, Maha Suci Alah yang mengetahui apa yang akan terjadi kepada makhlukNya.
Mami berharap peristiwa ini akan menjadi peringatan untuk diri Mami serta semua umat Isalam di dunia ini. Innalilah, dari Allah swt kita datang kepada Allaah jua kita akan pergi. Segala sesuatu yang berlaku itu adalah semuanya kerana Allah semata mata, tiada yang lain yang berkuasa melakukan sesuatu kecuali dengan kehendak Allah semata mata.
sampai disini dulu, Insya Allah Mami akan sambung lagi dilain kali.
Wassalam
Tuesday, April 14, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment