Saturday, May 30, 2009

Assalamualaikum

Yang ini pun Mami ciplak dari e group Mami, untuk kebaikan semua yang membaca blog Mami ni.

Pesan memesan...ingat mengingat..

Pintu syaitan yang ada didalam diri kita

>1. pintu marah
>2. cinta dunia
>3. kebodohan (keengganan menghadiri majlis ilmu)
>4. panjang anganangan
>5. rakus
>6. bakhil
>7. suka pada pujian
>8. riak
>9. ujub (merasa kagum)
>10.takut dan gelisah
>11.buruk sangka
>12.memandang rendah pada orang lain
>13.merasa suka pada dosa
>14.merasa aman daripada pembalasan "ALLAH"
>15.putus asa daripada rahmat "ALLAH"

Senjata Menghalang Syaitan

>1. Membaca Bismillah (menjadi kunci pada perbuatan baik)
>2. Banyakkan bezikir
>3. Banyakan Beristigfar
>4. Baca "la i' la ha illa anta subha naka inni kuntu minaz zolimin"
>5. Jangan tidur berseorangan
>6. Baca doa pagi dan petang
>7. Bersugi
>8. Melaksanakan solat jemaah
>9. Berwudhuk sebelum tidur
>10. menutup aurat
>11. Membaca doa masuk tandas.
>12. Banyak berselawat pada hati
>13. Bertaubat, beristighfar
>14. Banyakan baca AlQuran
>15. Membaca surh Yassin setiap pagi

Rumah yang Tidak Dimasuki syaitan

>1. Rumah yang bersih
>2. Penghuni membaca "Bismillah" ketika memasuki rumah
>3. Sentiasa berzikir (ahli rumah menegakkan solat)
>4. Penghuninya jujur dan memenuhi janji
>5. Penghuninya memakan makanan yang halal (cara mendapatkannya halal)
>6. Penghuninya mengekalkan silaturahim (sentiasa mesra)
>7. Rumah yang penghuninya berbakti kepada Ibu Bapa

Insya Allah moga kita tergolong dalam umat Muhammad s.a.w. yang akan mendapat syufaatnya dihari akhirat nanti.......Aaaamin

Friday, May 29, 2009

Assalamualikum,

Hari ni Mami nak ciplak rencana dari e group Mami, bagus untuk pengetahuan umat Islam ni

Bagaimana Sultan Muhammad al-Fatih bebaskan Kota Istanbul

Hari ini, 546 tahun yang silam, Muhammad bin Murad melukir satu sejarah dengan menawan kota yang sangat kuat pertahanannya - Konstantinapole. Pada ketika ini Dato' Presiden, telah pun berada di Kota Istanbul untuk menghadiri sambutan ulangtahun upacara yang amat bersejarah ini. Tulisan ini cuba melihat bagaimana seorang pemimpin seperti Muhamad Murad yang kemudiannya diberikan gelaran Muhammad Al Fatih, telah berjaya dilahirkan. Adakah di sana satu metod tertentu untuk mencetak pemimpin seperti beliau dan bagaimanakah cara untuk berbuat demikian. Peribadi dan kepimpinan Muhammad Al Fatih menunjukkan beliau mempunyai ciri berikut; a. Asuhan dan disiplin Islam yang kuatb. Mempunyai matlamat hidup yang ingin dijayakan c. Kehendak yang kuatd. Sabar dan ketahanan ruhani yang kuat.

Pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan untuk misinya, atau mendapatkan bantuan pakar dalam bidang masing-masing bagi tujuan melengkapkan skil berkenaanf. Ibadah dan pergantungan yang kuat dengan PenciptaSebelum isu ini dikupas lebih lanjut, kita tinjau dulu bentuk pertahanan Kota Konstantinapole itu sendiri yang sangat menakjubkan; Kota ini berbentuk tiga segi. Dua bahagian kota menghadap laut iaitu Selat Bosporus dan Laut Marmara. Bahagian daratan dilingkungi oleh sebuah benteng yang sangat kukuh; a. Bahagian luar kota dilingkungi oleh sebuah parit besar. Dalamnya 10 meter dan lebarnya 60 meterb. Ada dua tembok iaitu tembok luar dan tembok dalam. Tembok luar sahaja setinggi 25 kaki dan setebal 10 meterc. Tembok dalam pula setinggi 40 kaki tinggi dan 15 meter tebald. Terdapat menara kawalan sepanjang tembok dalam dengan ketinggian 60 meter!e. Terdapat 400 batalion tentera terlatih mengawal tembok ini sepanjang masaDengan kedudukan pertahanan seperti itu, hampir mustahil untuk tembok ini dicerobohi.

Di bahagian laut pula, terdapat rintangan rantai besi yang kuat diletakkan di Selat Bosporus yang digunakan untuk menghalang kapal-kapal melepasinya. Konstantinapole telah menjadi ibu kota Empayar Bizantin untuk berkurun-kurun dan dikenali sebagai kota yang paling makmur dan terkaya di Eropah. Ia terletak di pertemuan antara Asia dan Eropah dan Laut Mediterranean dan Laut Hitam. Justeru, ia sangat strategik baik dari segi perdagangan mahupun geo politik. Sejak Rasulullah s.a.w mengungkapkan bahawa nanti Kota penting ini akhirnya akan jatuh di tangan seorang pemerintah yang terbaik, memimpin tentera yang terbaik sepanjang zaman, telah banyak percubaan dibuat untuk menawan kota ini, namun tidak berjaya. Sahabat seperti Abu Ayub al Ansari juga telah berusaha dan mereka telah mengepung kota ini selama tujuh tahun, tetapi masih gagal.

Hanya 800 tahun selepas sabda Nabi yang Mulia itu, sabda yang menakjubkan ini menjadi kenyataan. Sultan Muhammad bin Murad yang kemudian lebih masyhur dengan gelaran Sultan Muhammad al Fatih telah memulakan pengepungan ke atas Konstantinapole pada hari Khamis, 5 April 1453 dan berjaya membuka kota ini pada 29 Mei 1453, hari tulisan ini dipostkan. Sungguhpun pengepungan ini berlangsung selama hampir dua bulan sahaja, program penaklukan ini telah berjalan lama! Ia bermula apabila bapa Sultan Muhammad Al Fatih, Sultan Murad memilih guru-guru yang terpilih untuk mendidik anak raja ini, yang waktu itu, se orang anak yang nakal.

Sejak berumur sembilan tahun, Sultan Muhammad telah mengalami pendidikan disiplin yang ketat. Rasa bebas dan nakal sebagai anak raja yang masih kecil mula berakhir apabila bapa baginda memberikan kebebasan kepada guru-guru beliau untuk membentuk dan mendidik Muhammad. Rotan turut digunakan oleh gurunya untuk mendisiplinkan anak ini. Dalam satu kejadian, Muhammad telah sengaja dirotan dengan teruknya tanpa sebarang kesalahan yang dilakukan oleh beliau. Tujuan guru beliau berbuat demikian ialah untuk membentuk perasaan belas kasihan dan sikap adil dan saksama dalam jiwa bakal Sultan ini. Supaya nanti baginda dapat mengambil keputusan berpaksikan keadilan dan memahami perasaan orang-orang yang tidak diperlakukan dengan adil! Sultan Muhammad dibimbing untuk menghafal al-Qur'an. Dilatih untuk sembahyang malam. Dibentuk menjadi wara' dan zuhud. Diasuh mencintai ilmu dan ulama'. Mempunyai budi pekerti yang baik dan perasaan yang halus. Keunggulan pendidikan keruhanian Sultan Muhammad ternyata apabila baginda akan dilantik menggantikan bapanya secara rasmi sebagai pemerintah Kesultanan Uthmaniah, beliau menangis teresak-esak.

Gurunya lah yang telah mengarahkan beliau menerima tanggungjawab itu atas hujah bahawa seorang berkaliber seperti beliau wajib memikul amanah ummah dan itu jihad dan ibadah yang lebih besar. Pendidikan Sultan Muhammad di istana baginda hampir komprehensif. Sebagai bakal raja dalam persekitaran Eropah dan pusat perdagangan dan diplomatik, baginda dapat berbahasa lebih dari lima bahasa. Sudah tentu baginda fasih dalam bahasa Arab. Baginda juga diajar matapelajaran sejarah, geografi dan astronomi. Pakar ketenteraan juga diundang untuk memberikan pendedahan ketenteraan kepada beliau.

Lama sebelum program pembebasan Konstantinapole dimulakan, Muhammad al-Fateh telah berbincang dengan pakar sejarah dan ketenteraan mengenai sebab-sebab kegagalan ekpedisi penawanan Konstantinapole sebelum ini. Apa rahsia kekuatan pertahanan kota itu dianalisis. Bagaimanakah caranya untuk mengatasi halangan-halangan itu juga dibincangkan. Dari perbincangan itu, antara lain mereka mengenal pasti hal berikut; a. Dinding tembok itu terlalu tebal dan pada waktu itu belum ada teknologi yang boleh meruntuhkannya. Sultan Muhammad telah mengarahkan dicari satu teknologi yang boleh meruntuhkan tembok itu. Tentera baginda akhirnya berjaya mencipta meriam yang paling canggih dengan bantuan seorang pakar senjata bangsa Hungary yang telah diculik dari kurungan dalam penjara Konstantinapole dengan mengorek lubang bawah tanah yang dalam dan panjang!. Berat setiap meriam ciptaan baru ini ialah 700 pauns! Ia perlu ditarik oleh 100 ekor kuda dan seratus orang tentera. Bila diletupkan, bunyinya boleh didengar sejauh 13 batu! Setiap tembakannya akan menyebabkan tembok yang kuat berlubang seluas enam kaki. Nah! Benteng besar itu sekarang telah menemui ruasnya. b.

Rantai besi yang kuat yang dirintangi menghalang laluan kapal. Ia menghalang bantuan dan pergerakan melalui laut. Sultan Muhammad telah mencipta satu plan luar biasa mengatasi halangan ini. Ia adalah antara rekod sejarah yang menakjubkan dari segi kreativiti dan kekuatan keinginan seorang pemimpin. Baginda mengarahkan pembinaan kapal di daratan. Dibuat pada sebelah malam supaya tidak disedari oleh musuh. Mesti disiapkan dalam masa yang singkat. Kapal ini diluncurkan dari daratan sejauh 5km ke lautan dengan meletakkannya tergelunsur di atas batang-batang kayu yang telah diatur dan telah diminyakkan untuk melicinkan perjalanan kapal-kapal itu. Pada masa yang telah ditetapkan, kapal-kapal ini dilancarkan dari daratan dan muncul di depan Kota Konstantinapole sebelah lautan dengan melepasi rantai besi yang telah terpasang! Ia memeranjatkan tentera musuh. 400 kapal musuh terbakar dan serangan dari lautan berjalan serentak dengan pengepungan sebelah daratan. c.

Lazimnya bila tentera sampai di pantai menghadap Kota ini, mereka terdedah kepada serangan musuh kerana kawasan yang terbuka dan jika sekiranya satu benteng pertahanan mengelakkan serangan hendak dibina, ia memakan masa selama setahun. Sultan Muhammad telah mengarahkan benteng pertahanan menghadap tembok kota Konstantinapole itu dibina dalam masa tiga bulan dengan menggunakan segala teknik pembinaan semasa yang canggih. Benteng Rumeli Hissari dibina di tebing sebelah Eropah, lebih kurang 5 batu dari Kota Konstantinople di mana Selat Bosphorus adalah yang paling sempit. Ia dibina bertentangan dengan Benteng Anadolu Hisar di tebing sebelah Asia yang telah dibina oleh Sultan Bayazid Yildirim dahulu. Ia memang berjaya disiapkan seperti direncanakan.

Dari mana kekuatan keinginan seorang pemimpin ini diperolehi oleh Sultan Muhammad? Gurunya bukan sekadar menyuntikkan kekuatan ruhani kepada bakal Sultan in, tetapi juga telah menyuntik sikap terbuka terhadap teknik dan teknologi baru yang diperlukan untuk misi mereka. Mereka juga menyuntik sikap berminda strategik dan kreatif. Sultan Muhammad dapat menganalisis dengan tepat permasaalahan dan mencari jalan penyelesaian terhadap setiap permasalahan itu secara praktikal sebelum melancarkan misinya. Tetapi yang paling penting, sejak kecil lagi guru-guru baginda telah membentuk minda baginda untuk merasakan dirinya lah yang disebutkan oleh Rasulullah s.a.w sebagai raja terbaik yang memimpin tentera terbaik yang akan dapat membebaskan Konstantinbapole.

Sasaran, visi dan misi yang jelas, yang disuntikkan ke dalam minda baginda ternyata berkesan. Dari kecil, Sultan Muhammad mengimpikan bagindalah pembebas itu! Baginda bergerak selari dengan impian ini. Akhirnya, ia adalah sebuah kenyataan. Dari sudut kepimpinan, bapa baginda seorang yang berpandangan jauh. Sejak umur 14 tahun, Muhammad telah diminta menguruskan empayar dengan alasan, bapanya ingin menumpukan kepada ibadah. Namun, dalam dua keadaan kritikal, bapa baginda pulang semula untuk memimpin Kerajaan Uthmaniah. Selepas ancaman kritikal itu diatasi, Muhammad diberikan peluang untuk menguruskan semula empayar yang sedang berkembang itu. Melalui pendedahan berbentuk bimbingan ini, Muhammad terlatih menjadi pemimpin yang berkualiti. Ditambah, sepanjang hayat baginda, guru-guru baginda yang menjadi rujukan keruhanian dan kebijaksanaan, sentiasa bersama baginda. Hatta, ketika pengepungan kota itu berlangsung, gurunya mengimamkan solat hajat semua tentera Sultan Muhammad. Melihat 150,000 tentera Islam berbaris rapi untuk bersolat di luar kota itu, cukup untuk menakutkan musuh yang sedang berkawal dalam kota!

Pada hari pembukaan Kota Kontantinapole yang bersejarah itu, Sultan Muhammad bersujud syukur. Sepanjang kempen, baginda tidak putus-putus mengarahkan tenteranya bertakbir dan melaungkan slogan-slogan bersemangat, termasuk motivasi berasaskan hadis Nabi bahawa Konstantinapole akan dibebaskan oleh tentera yang terbaik dan merekalah tentera terbaik yang dijanjikan oleh Nabi itu.

Pada kali pertama solat Jumaat hendak didirikan di dalam Kota Konstantinapole yang baru sahaja dibebaskan, timbul pertanyaan siapa yang layak menjadi imam solat Jumaat yang pertama itu. Baginda memerintahkan kesemua tenteranya termasuk dirinya berdiri dan diikuti pertanyaan: "Siapa di antara kita sejak baligh hingga sekarang pernah meninggalkan solat fardhu walau sekali sila duduk!". Tiada seorang pun yang duduk, kerana tidak seorang pun di antara mereka pernah meninggalkan solat fardhu. Pertanyaan seterusnya, "Siapa di antara kita yang sejak baligh hingga kini pernah meninggalkan solat sunat rawatib sila duduk!". Sebahagian daripada tenteranya duduk. Kemudian Baginda bertitah, "Siapa di antara kamu sejak baligh hingga ke saat ini pernah meninggalkan solat tahajjud walaupun satu malam, sila duduk!". Kali ini semuanya duduk, kecuali baginda sendiri sahaja yang tetap berdiri! Subhaanallah! Baginda tidak pernah meninggalkan solat fardhu, Solat Sunat Rawatib dan Solat Tahajud sejak baligh.

Tepatlah janji Rasulullah s.a.w dan kota ini kemudian bertukar nama kepada Istanbul. Sekarang, marilah kita mengenali secara ringkas guru-guru yang berjasa besar membentuk Sultan Muhammad. Pertama, Ahmad 'ibn Ismail Al-Kori: Guru istimewa ini menunjukkan role model kepada Sultan Muhammad. Seorang yang wara', tidak menyembah Sultan sama seperti orang lain memberikan tunduk hormat, memanggil nama Sultan dan kerabat mereka dengan nama mereka masing-masing tanpa sebarang panggilan gelaran, Bersalaman dengan mereka tanpa mencium tangan mereka. Sepanjang Ramadhan, Sultan Muhammad menghadhiri kelas mentafsir ayat-ayat Al Qur'an yang diadakan di istana baginda selepas solat zuhur, dengan guru-guru yang bersilih ganti. Ahmad ibn Ismail lah yang mengajarkan Al Qur'an, hukum-hukum agama dan kepatuhan padanya. Ia juga membentuk rasa takwa dalam jiwa Sultan Muhammad dengan berbagai cara, termasuk nasihat-nasihat yang berkaitan dengan tugas pemerintah.

Kedua ialah Sheikh Muhammad bin Hamzah al-Rrouhy, lebih dikenali sebagai Ba'q Shamsuddin. Beliau meninggalkan kesan yang sangat mendalam terhadap keperibadian Sultan Muhammad. Beliau telah menginspirasikan Sultan MUhammad meningkatn aktiviti dakwah dan keislaman di bawah Empayar Othmaniah sebagai satu cara memperkuatkan empayar tersebut. Beliaulah yang paling giat meyakinkan Sultan Muhammad bahawa beliau adalah raja terpilih seperti yang dimaksudkan oleh Rasulullah s.a.w dalam sabdanya itu. Selain mengajarkan teras-teras ilmu Islam, Shamsuddin juga bertanggungjawab mengajar sains, matematik, sejarah, strategi perang, astronomi dan lain-lain. Beliaulah yang telah merotan Muhammad di masa kecil tanpa sebab. Beliaulah yang mententeramkan Sultan Muhammad yang menangis kerana enggan menjadi raja. Beliaulah yang telah ditanya oleh Sultan Muhammad samada beliau boleh bersara selepas lama memerintah kerana ingin menumpukan kepada ibadah tetapi dijawab, ibadah sebagai Sultan yang adil adalah lebih berharga lagi.

Shamsuddin meletakkan insipirasi dalam dada Sultan, memberikan baginda tujuan dan misi pemerentahan yang jelas dan bersama baginda sehingga cita-cita itu tercapai. Kerana itu lah, beliau dikenali sebagai Penakluk Ruhani Konstantinapole. Guru yang merancang lahirnya seorang pemimpin dan terukirnya sebuah sejarah.

Thursday, May 28, 2009

REUNION AT PUTRAJAYA

Assalamualaikum

Phuh lamanya tak menulis di blog ni, too busy sampai nak jenguk sekejap pun tak sempat

I would like to share my reunion experienced in this blog of mine, saja syok syok nak tulis.

23rd May 2009, tarikh keramat, I was so shocked, my ex college mates wants to have a reunion party, and guess where, at the place where I work? After 28 years not seing any of them, trying to bury myself with all other activities except anything to do with old friends, now I'm stucked. I cant go anywhere, some of them already knows that I work here,( thanks to my GM , who was from the same college).

Mana mau lari, Lolly & Kelon is here to see Aziah about the receptions for the reunion, and i have to go and see them , to say hello..................... and welcome to our place.

So on 23rd May, Mami (with the new dress and the borrowed tudung) dengan selambanya membuat kejutan kepada mereka yang hadir. I dont recognise most of them but surprisingly , almost all of the recognised me, wow they even said that I did not aged at all.............

Even most of the boys recognised me, buta as usual, some of them still call me Mashitah, mcm dulu jugak. Most of my ex classmates/Homeroom mates was there, Tholaat, Shan,Azrein, Rosni,Linda,Ridzuan.

Most of the girls looked the same, but the guys............, I am so sorry to say, I managed to recognised only Ridzuan and Rohime, the others, Tipah was very helpful...............

So after 28 years I left school, that was the first time I managed to bring myself to a reunion with my ex college mates. I dont I will ever go to one, but luckily they were having it here at my place so, since you cannot run anymore you might as well joint them.

So that was the reunion story.

Thats it for now, bye.

Tuesday, April 14, 2009

Assalamualaikum,

Mami menulis hari ini dari Kota Kinabalu, Sabah sbb Mami kena bekerja diluar daerah dari 13 April hingga 17 April .

Mami ditugaskan oleh Boss Mami untukmelawat branch, kerana dua staff yang bekerja dibranch ni terlibat dalam kemalangan yang agak mengerikan. Yang memandu cedera parah dibahagian wajahnya, manakala yang menumpang pula patah tangannya. Mereka memandu sebuah kereta Myvy yang telah bertembung dengan sebuah lori disimpang empat.

Mami baru saja balik dari melawat keduanya di Sabah Medical Centre. Airmata tak berhenti mengalir mengalir sampai saat mami menulis sekarang ini. Staf yang memandu itu mengalami kecederaan yang agak parah, matanya terkeluar dari rongga mata akibat hentakan yang terlalu kuat di mukanya. Wajahnya yang bujur sirih kini menjadi bulat akibat bengkak, dan berselirat dengan jahitan.

Mami masih lagi teresak esak semasa menulis pengalaman Mami melawat staff Mami yang bernama Munirah itu , pukul 2.00 petang tadi. Semasa berhadapan dengannya mai begitu sebak hingga airmata mengalir begitu laju ,sehinggakan Mami lansung tidak dapat berkata apa apa ketika itu.

Setelah hampir 5 minit berlalu barulah mami dapata mengawal persan lau mendekat nya sambil memegang tangannya. Beliau bertanya "Siapa ni", mungkin kerana matanya yang tinggal sebelah itu masih lagi kabur yang menyebabkan beliau tidak mengenali diri Mami. Sebaik sahaja Mami mengenalkan diri, beliau tersenyum lalu menggenggam tangan Mami dengan lebih erat lagi." Dari jauh kakak datang?", itulah yang diucapkannya, sehingga Mami tidak lagi dapat mengawal air mata sekali lagi

Sehingga akhir lawatan, mami tidak dapat lagi bersuara kerana terlalu sebak melihatkan keadaannya. Ya Allah kau tabahkanlah hatinya menghadapi ujian Mu ini, itu sahaja yang Mami doakan sepanjang Mami bersamanya. Semasa Mami bangun untuk meminta diri dia sekali lagi dia menggenggam tangan Mami seperti tidak mahu melepaskan Mami pergi.Setelah Mami mencium dahinya sambil berjanji akan datang lagi melawatnya barulah beliau melepaskan tangan Mami.

Sebaik sahaja mami menghidupkan lap top mami maka bertubi tubi la pertanyaan dari rakan rakan seofis yang ingin mengetahui akan keadaan dirinya. maka sepanjang mami menulis di Yahoo Messenger, Mami menangis teresak esak mengenangkan apa yang dikatakan oleh Munirah , "Nda cantik lagi aku sekarang ini, sampai tualah aku nda kawin nanti" pada rakan rakan yang melawatnya.Umur yang semuda 23 tahun telah diberi Allah ujian yang begitu besar sekali. Subhanallah, Maha Suci Alah yang mengetahui apa yang akan terjadi kepada makhlukNya.

Mami berharap peristiwa ini akan menjadi peringatan untuk diri Mami serta semua umat Isalam di dunia ini. Innalilah, dari Allah swt kita datang kepada Allaah jua kita akan pergi. Segala sesuatu yang berlaku itu adalah semuanya kerana Allah semata mata, tiada yang lain yang berkuasa melakukan sesuatu kecuali dengan kehendak Allah semata mata.

sampai disini dulu, Insya Allah Mami akan sambung lagi dilain kali.

Wassalam

Monday, April 6, 2009

Assalamualaikum,

Kali ni Mami nak berikan petua untuk merawat penyakit dengan kaedah tradisional menggunakan herba Yang mudah kita dapati di sekeliling kita, sejauh mana keberkesanan nya Mami pun tak tau, cuba lah, mana tau mujarab. Insya Allah


Limau Nipis
Limau Nipis mudah didapati di kampung-kampung dan dijual dengan harga yang murah. Air Limau Nipis sangat berkhasiat untuk beberapa kegunaan.

PENYAKIT- KAEDAH MERAWAT

Kurap dan panau
· Serbuk belerang, minyak kelapa, air limau nipis dicampur dan sapu di tempat sakit. Amalkan satu minggu

· Selesema disebabkan udara yang sejuk.
· Limau nipis, kapur sirih, 2 titik minyak kayu putih dicampur, limau dibakar diperah air dan diminum

· Bau badan yang busuk
· Daun limau nipis muda ditumbuk dan dimakan
· Sakit kepala
· Minum air limau nipis sedikit

· Menjaga suara
· Perahan air limau dan gula batu diminum

· Suara serak
· Limau nipis dimesin, dicampur air dan dipanaskan. Disedut wapnya

· Tercekik tulang
· Air perahan limau nipis diminum

· Mencuci pakaian yang terkena karat.
· Limau dipotong, dibuang biji dan digosok pada tempat karat campur dengan serbuk garam

· Darah tinggi
· Air limau nipis diminum pagi dan petang

· Berat badan berlebihan
· Air limau nipis diminum selepas makan

· Pening kepala
· Perahan limau nipis di letakkan di kepala, dibiarkan seketika, kemudian mandi dengan air limau tanpa membilas dengan air lain

· Cagu
· Perah air limau nipis pada cagu

KELAPA
Pokok yang mempunyai pelbagai kegunaan dari batang hingga ke pucuk.Tetapi kelapa juga mempunyai nilai perubatan yang istimewa.

PENYAKIT -KAEDAH MERAWAT

Batu karang
· Air kelapa muda, serbuk lada hitam dicampur, minum 2 kali sehari

· Luka dan lebam
· Kelapa tua diparut, cuka dicampur, ditampal ditempat sakit

· Lelah dan semput
· Kelapa muda ditebuk dan diberi beruk minum, baki airnya diminum

· Sakit gigi
· Tempurung kelapa dibakar dan diambil minyaknya, di sapu pada gigi yang sakit

· Kudis
· Minyak kelapa, belerang dicampur dan dipanaskan dan disapu pada kudis

· Kulit muka yang kering
· Lembabkan wajah dengan air kelapa tua

· Tumit kaki yang pecah
· Sapukan dengan minyak putik kelapa yang dibakar

· Panas dalam badan
· Air kelapa muda, telur ayam kampung dicampur diminum

· Kanak-kanak yang panas dalam badan
· Air kelapa campur madu diminum

· Mabuk darah atau ubat
· 2 sudu air kelapa diminum

· Lenguh badan
· Mandi dengan air kelapa

· Denggi berdarah
· Air kelapa muda, perahan limau nipis diminum

· Memudahkan bersalin
· 1 sudu minyak kelapa diminum seminggu sekali. Amalkan dari 6 bulan kandungan

· Sakit pinggang
· Minum air kelapa sambil berdiri

· Demam campak
· Air kelapa muda diminum

· Terminum racun
· Minum air kelapa sebanyak mungkin

BAWANG MERAH, BAWANG BESAR DAN BAWANG PUTIH
Tidak lengkaplah dapur jika tiada bahan tersebut dan masakan tidak cukup enak tanpanya. Di samping pengunaannya yang meluas tersimpan kadungan yang sangat baik untuk kesihatan.

PENYAKIT - KAEDAH MERAWAT
Kulit yang terkena duri
· Bawang merah dicelup minyak kelapa dan dibakar, ditampal ditempat terkena duri

· Luka akibat paku berkarat
· Bawang putih dicelup minyak kelapa dan dipanaskan, ditampal di tempat luka

· Jari berdarah akibat terkena jarum
· 3 sulur bawang merah dicelup minyak, bungkus dengan daun pisang, dibakar dan ditampalkan

· Haid yang tidak teratur dan sakit
· Bawang merah dihiris, minyak tanah dicampurkan dan diurut pada perut

· Menghilangkan bisul
· Gosokkan dengan bawang putih

· Darah tinggi
· Bawang putih dibakar dan dimakan

· Rasa pitam dan mabuk
· Cium bawang merah

· Resdung
· Cium daun bawang merah

· Gigi dimakan ulat
· Bawang putih, cengkih ditumbuk dan ditampal

· Barah perut
· Umbi pokok bawang putih ditumbuk, dicampur madu dan gula, dimakan

· Disentri
· Bawang putih dikunyah dan minum madu. Amalkan selepas bangun tidur

· Tanda hitam dimuka
· Bawang putih dicampur minyak badam, ditumbuk dan disapu dimuka

· Rheumatik
· Bawang putih, halia muda, minyak zaiton dicampur, ditumbuk dan disapukan

· Osteoporosis
· Bawang putih, bawang besar dibakar dan dimakan dengan telur ayam.

· Sengal kaki
· Bawang putih, halia ditumbuk disapukan

· Jeragat
· Sulur bawang putih dicampur madu dan disapu

· Disengat kala jengking
· Umbi pokok bawang putih digiling dan disapukan

· Infeksi paku berkarat
· Bawang merah dicelup minyak dan dibakar, disapukan

· Bulu roma yang tidak cantik
· Bawang merah ditumbuk dan dilumurkan

· Kuku tidak berkilat
· Gosokkan bawang putih pada kuku

· Rambut gugur
· Makan bawang putih

· Jerawat batu
· Titikkan air bawang putih

· Telinga bernanah dan panas
· Bawang besar dicelup minyak zaiton, dibakar dan airnya di titiskan di telinga

· Suara serak
· Bawang besar ditumbuk hancur, airnya minum

· Penghadaman lambat
· Air perahan bawang besar diminum

· Kudis bernanah
· Bawang besar dibakar diletak pada kudis

· Radang paru-paru
· Bawang besar ditumbuk dan diletak didada

· Kencing berdarah
· Bawang besar dibakar dan ditampal pada bahagian pundi kencing

· Kencing manis
· Banyakkan memakan bawang besar

BIJI JINTAN HITAM
Di Malaysia, biji jintan hitam dikenali sebagai bijian hitam adalah sangat banyak kegunaannya. Tetapi saya percaya kebanyakan orang tidak mengetahui manfaatnya.

PENYAKIT - KAEDAH RAWATAN

Bengkak dibahagian mata
· Basuh dengan air rebusan jintan hitam di waktu pagi dan petang

· Telinga bernanah
· Titikkan pati jintan hitam ke dalam telinga

· Pening sebab sakit telinga
· Minum air rebusan jintan hitam, titik telinga dengan minyak zaitun, kepala digosok dengan air limau nipis, minum air ketumbar selepas bangun dari tidur

· Mulut busuk
· Berkumur dengan rebusan jintan hitam, titikkan air pati minyak jintan hitam ke dalam telinga

· Resdung di muka
· Wapkan wajah dengan air rebusan jintan hitam

· Tonsilitis
· Berkumur dengan jintan hitam yang dicampur dengan madu asli

· Perut kembung
· Jintan hitam diminum bersama susu masam

· Barah usus
· Jintan hitam dan madu dimakan bersama

· Penyakit Limpa
· Jintan hitam,halia ditumbuk dan diminum airnya

· Barah hati
· Serbuk jintan hitam dicampur gula, diminum

· Darah gemuruh
· Serbuk jintan hitam dicampur air suam,diminum

· Radang hati dan saluran darah sempit
· Minum air jintan hitam

· Sakit kepala
· Minyak jintan hitam disapu dikepala dan airnya diminum

· Radang paru-paru
· Serbuk jintan hitam campur minyak zaitun sapu didada, jintan hitam makan bersama madu

· Bengkak buah pinggang
· Jintan hitam dimakan bersama madu

· Barah payu dara
· Jintan hitam dimakan bersama madu

· Barah kulit
· Lumur dengan pati minyak jintan hitam

· Panau
· Sapukan serbuk jintan hitam dicampur cuka

· Kulit melecur
· Debu jintan hitam, minyak badam sapu dikulit

MENGKUDU

PENYAKIT - KAEDAH RAWATAN

Batuk
· Buah mengkudu dimakan bersama garam

· Darah tinggi
· Minum air perahan buah mengkudu masak

· Sakit perut
· Tampal diperut daun mengkudu yang dipanaskan selepas dilumur minyak kelapa

· Kelumumur
· Air buah mengkudu disapu di kepala

· Kencing manis
· Makan buah mengkudu masak

· Sakit kaki
· Balut daun mengkudu yang telah disalai

· Rambut tidak cantik
· Basuh rambut dengan air buah mengkudu masak yang diembun semalaman

ASAM JAWA

PENYAKIT - KAEDAH RAWATAN

Sakit kepala
· Minum air asam jawa

· Bengkak disebabkan jatuh
· Tampalkan campuran asam jawa, air dan garam

· Karat di gigi
· Debu biji asam jawa yang digoreng digosokkan

· Bisa disengat lipan
· Tampalkan biji asam jawa yang telah ditumbuk

· Perut buncit
· Asam jawa, jadam, air dididihkan, tampalkan pada perut, balut dengan bengkung

· Demam panas dan lemah
· Air asam jawa di sapu pada ubun dan air diminum

KUNYIT

PENYAKIT - KAEDAH RAWATAN

Bengkak merah di badan
· Parutan kunyit dicampur kapur sirih, panaskan, sapukan pada bengkak

· Penyakit usus buntu
Kunyit, garam, gula merah, air limau nipis, air panas dicampurkan, diminum

· Kelopak garam
· Kunyit diasah dengan minyak masak, ditampal

· Saluran peranakan
· Minum rendaman kunyit dengan air suam

· Muka yang pucat
· Minum air ibu kunyit yang telah dibakar dan ditumbuk (ibu bersalin) Sapukan ke muka beras halus dicampur kunyit ditumbuk

POKOK DUKUNG ANAK

PENYAKIT
KAEDAH RAWATAN

Juandis
· Minum air pokok dukung anak yang ditumbuk (dewasa) Minum susu kambing yang dimasak bersama pokok dukung anak (bayi)

· Darah tinggi
· Minum air rebusannya

· Kencing berdarah
· Minum air rebusannya

· Kudis kulit
· Sapukan air perahannya

· Hepatitis
· Minum susu kambing yang dimasak bersama pokok dukung anak

· Kencing manis
· Minum air rebusan pokok yang telah dikeringkan

· Kencing malam
· Minum air rebusan pokok yang telah dikeringkan

· Beser atau dedas
· Minum air rebusan pokok yang telah dikeringkan

Selamat mencuba.
Assalamualaikum,

Lamanya tak menulis, disebabkan kesempitan masa yang teramat sangat, maka Mami post kan saja artikel ni yang mami terima dari email serang kawan di e group Mami

TAKWA DAN BERAKHLAK MULIA
Para sahabat bertanya,"Apakah perlakuan yang paling banyak memasukkan sseorang ke dalam SYURGA?" Jawab Baginda"Taqwa & berakhlak mulia ."
Kemudian mereka bertanya tentang perlakuan yang banyak memasukkan seseorang ke dalam NERAKA. Baginda menjawab"Kejahatan mulut & kemaluan."
--Al-hadith- -
Hadith riwayat At-tirmidzi "Tidak ada yg paling berat pada timbangan melainkan akhlak yang baik. Akhlak yang baik dapat menghapuskan kesalahan seperti matahari mencairkan air yang beku."
Sebaik-baik kekayaan adalah kekayaan jiwa, Sebaik-baik bekal adalah taqwa, Seburuk-buruk buta adalah buta hati, Paling besar dosa adalah dusta, Paling buruk mata pncarian adalah riba, Paling buruk makanan adalah memakan harta anak yatim..

DARJAT PEMBACA Al-QURAN :
1)Jutawan - membaca 300-1000 ayat sehari
2)Jayawan - membaca 200-299 ayat sehari
3)Setiawan - membaca 100-199 ayat sehari
4)Pemelihara - membaca 50-99 ayat sehari
5)Yang Ingat - membaca 10-49 ayat sehari
6)Yang lalai - membaca 0-9 ayat sehari
--Petikan dari buku HIDUP BERTAQWA oleh Dato' Ismail Kamus-
Hadith riwayat Ahmad "Perbaharukan iman kamu...!!! Sahabat bertanya: Bagaimana kami hendak perbaharui iman kami..?? Baginda menjawab:Banyakkan menyebut LAAILAAHAILLALLAH..!!"

UBAT HATI :-
1)Membaca Al-Quran bersama tafsirnya
2)Solat malam @ Qiamullail
3)Berkumpul @ Bergaul dgn orang2 yang soleh
4)Banyakkan berpuasa
5)Zikir malam berpanjangan
--Petikan dari Syair Jawa-- "Islam mengagungkan ilmu;mencarinya sebagai ibadah, belajarnya sebagai tasbih, menelitinya sebagai ijtihad, & mengajarnya kepada org lain sebagai suatu sedekah." Sayyid Sabiq(Ulama kontemporari Mesir) Who I Want to Meet:
Surah Al-Baqarah ayat 208 "Hai orang2 yang beriman,masuklah kamu ke dalam ISLAM secara keseluruhannya & janganlah kamu turuti langkah2 Syaitan. Sesungguhnya Syaitan itu musuh yang nyata bagimu."
Surah Muhammad Ayat 7 "Hai orang2 yang beriman, jika kamu menolong agama Allah, nescaya Allah akan menolong kamu & meneguhkan kedudukanmu."
Surah Ad-Dzaariyaat ayat 56 "Dan tidak Ku jadikan jin & manusia melainkan supaya mereka menyembah dan beribadat kepada Ku." Surah Ar-Ra'du ayat 28 "Orang2 yang beriman & hati mereka tenang dengan mengingati Allah. Ingatlah, hanya mengingati Allah, hati akan menjadi tenang."
Surah Al-Hujuraat ayat 10 "Sesungguhnya orang2 mukmin itu adalah bersaudara maka damaikanlah antara kedua-dua saudaramu & bertaqwalah kepada Allah supaya kamu mendapat rahmatnya."
Surah Al-Israa' ayat 44 "Langit yang 7, bumi & segala yang ada di dalamnya bertasbih kepada Allah. & tidak ada satu pun melainkan bertasbih dengan memuji-Nya, tetapi kamu sekalian tidak mengerti tasbih mereka. Sesungguhnya Dia Maha Penyantun lagi Maha Pengampun."

Semoga ini menjadi PERINGATAN dan KEINSAFAN bagi kita semua.....