Friday, February 27, 2009

Berita Baik

Assalamualaikum. Selamat Hari Jumaat

Alhamdulillah dipanjangkan umur Mami untuk sekali lagi berada di hari Jumaat yang mulia ini

hari ni Mami dikejutkan dengan berita baik oleh anak saudara Mami, Along. Dia menjemput Mami untuk balik kampung untuk bersama sama meraikan pertunangannya. " Angin tak ada, ribut tak ada tiba tiba hujannnnnnnnnn" (pinjam dialog MY Samsudin dalam Pendekar Bujang Lapuk). Sbb tak pernah pun dengar corat coret dari Along ni, tiba tiba saja nak bertunang.

Dah besar rupanya anak Mami yang sorang ni, dah nak bertunang rupanya. Hmmm, nampaknya Mami ni akan selalu lah dikejutkan kan dengan berita berita seperti ini. Maklumlah anak anak buah semua dah besar panjang so lepas sorang, sorang akan bertunang , kawin dan kemudian ada keluarga sendiri.

Yang pertama sekali kawin , Ima anak abang Mami yang Nombor 2, Allahyarham Abang Chop dan Arwah Kak Nah. Dah ada anak pun sekarang ni, maknanya mami ni dah jadi "Tok Mami" la sekarang ni (pinjam panggilan utk Mami Che Rohana). yang kedua Angah, anak Kak dan Abang Din yang baru saja bertunang masa hari raya haji yang lalu. Ini Along pulak dah nak bertunang, Along ni anak Kak Chik dan Abang Daud.

Anak Mami pulak Umar baru sembilan tahun, lamanya lagi nak dapat menantu. He he he, menantu konon, makan pun masih disuap lagi!

Anyway Selamat Bertunang untuk Along, semuga Along dapat menjaga "anak orang" tu dengan baik ya.

Wassalam

No comments:

Post a Comment