Friday, July 17, 2009

Amalan semasa menzirahi kematian.

Assalamualaikum

Salam pagi Jumaat



Peringatan untuk orang yang hidup.


KUALA LUMPUR, 16 Julai (Hrkh) -



Orang yang hidup bertanggunjawab menyelamatkan akidah pesakit Islam yang sedang menghadapi saat kematian.


Di saat 'sakratul maut' itu, pesakit yang sedang nazak, menghadapi ujian yang tidak dapat dilhat orang awam iaitu ketika syaitan bersusah payah menghasut dan mempengaruhi supaya pesakit mati di dalam keadaan kufur.


Justeru, mestilah sentiasa mengucapkan kalimah syahadah dan 'Allah' di tepi telinga pesakit secara bertenang dan berterusan, agar pesakit itu mampu untuk melafazkannya buat kali terakhir.


Demikian antara saranan pendakwah bebas Dr Azhar Yaacob ketika menyampaikan kuliah yang bertajuk "Pengurusan Pesakit Nazak-SakratulMaut" di pejabat Harakah tengah hari tadi, dekat sini.


Katanya ada tiga peringkat yang perlu dilakukan oleh orang awam, kaum keluarga dan rakan-rakan pesakit yang nazak iaitu membaca surah Yassin, memilih seseorang yang warak untuk membaca kalimah syahadah kepada pesakit dan membacakan doa daripada surah al-Imran daripada ayat 7 dan 8.


"Itulah saat yang paling getir, dimana malaikat dan syaitan 'bergelut' untuk memastikan pesakit mengikut pegangan. Jangan ada yang mencelah, sebab kita mahu pastikan pesakit mati di dalam Islam," katanya kepada warga kerja Harakah.


Selain itu, Dr Azhar juga turut memeri panduan dan tips yang betul dalam menyampaikan berita kematian kepada waris dan kaum keluarga yang terdekat agar ianya tidak mengundangkan masalah dan menjadikan situasi dalam keadaan panik dan mengejut.


"Sampaikan dengan cara penuh berseni dan bijaksana, supaya yang mendengar atau waris menerima berita itu dapat menerima kematian itu dengan penuh redha," katanya.
Selain itu, adalah sangat tidak digalakkan menunggu waris si mati untuk menunaikan tanggungjawab menyelenggarakan jenazah kerana ianya memakan masa yang lama dan tidak boleh ditangguh.


"Kita beri kadar 7 sehingga 8 jam untuk waris balik. Jangan tunggu sehari suntuk. Ini bukan untuk meraikan orang yang hidup tetapi menguruskan jenazah yang mempunyai 'agenda' untuk mengadap tuhan.


"Pastikan juga hutang-piutang si mati ini diselesaikan, sebaik-baiknya sebelum dikebumikan. Bayangkan orang syahid dalam perang, diterima terus ke syurga tanpa dihisab kecuali yang menghalangnya adalah hutang," katanya yang menamatkan kuliah kira-kira 1.30 petang.



Alhamdulillah , dapat la jugak sedikit sebanyak pengetahuan, selama ni bila dengar ada orang meninggal, kita sebut Innalillah, sekarang ni boleh lah amalkan. selalu jugak kita tengok orang yang menziarahi keluarga yang ada kematian bersembang sembang saja so ni ada tips sikit yang mami nak kongsikan bersama. Insya Allah tak sesia saja kita melawat keluarga yang ada kematian nanti , ada juga faedahnya kalau kita amalkan bersama.



Beberapa adab yg kita boleh ambil seperti yg dilakukan/disebut oleh Nabi s.a.w. ialah;

1. Mendo'kan jenazah dgn yg baik2, terutamanya mendo'akan ia mendapat keampunan, kerana setiap do'a kita utk jenazah akan di aminkan oleh para Malai'kat.

2. Melihat wajah jenazah. Kalau bertutup, kita bukalah. Nabi bukan saja menyingkap kain yg menutup muka jenazah tetapi juga mengucup dahinya, walaupun jenazah bukan ahli keluarga Baginda. Kalau kita, tengok kiri kanan dululah sebelum buat cam tu, nanti terkejut pulak orang kampung. Lepas tu kalau jenazah tu wanita, jgnlah kita org lelaki pi kucup pulak melainkan ibu, nenek, anak atau saudara2 perempuan kita. Jgnlah buat betul bendul.

3. Sebutkanlah perkara2 yang baik yang dilakukan oleh arwah kerana itu akan menyebabkan ia masuk syurga.

4. Berpesan kpd keluarga arwah supaya bersabar dan menerima dgn redha; kerana sekiranya mereka sabar dan redha Allah akan memudahkan mereka masuk syurga.

5. Kalau ada masa iringilah jenazah ke tempat solat dan solatkan jenazah itu. Bagi org yg berbuat demikian mendapat pahala satu qirath. Selepas solat kita terus pula menghantar jenazah ke tempat pengebumiannya akn mendapat pahala dua qirath. Satu qirath sama timbangannya dengan Gunung Uhud. Kalau sapa2 dah pi Madinah, taulah besar mana Gunung Uhud tu. Jadi kalau kebetulan kita ada dimasjid dan org mensolatkan jenazah, sangat rugilah kalau tak solat bersama.

Wallahu'alam. Semua ini disebut dlm Kitab Pengurusan Jenazah susunan al-Albani.



Insya Allah Mami akan cuba amalkan nasihat nasihat yang baik ini. Buatlah amalan yang baik walaupun sebesar zarah Insya Allah akan ada ganjaran dari Allah SWT. Kalau buat amalan yang jahat sebesar zarah pun Insya Allah akan ada balasan dari Allah SWT.



Wassalam , Mami - Jumaat 24 Rejab, 17 Jul 2009

1 comment:

  1. sila layari laman web ini http://ads4bucks-baizura1989.blogspot.com untuk ketahui rahsia jana pendapatan melalui internet sehingga rm500 sehari!

    ReplyDelete