Assalamualaikum,
Kali ni mami nak tulis pasal kerja Mami sekarang.
Oleh kerana Mami dah bertukar Jawatan menjadi Pengurus Akaun , maka Mami terpaksa la pulak "Understudy" X Boss Mami yang dah resign tapi masih bekerja tu.Masalah nya sekarang X Boss Mami tu dulu, Pengurus kewangan Korporat Syarikat, dia bukan Pengurus Akaun, maka jadilah cerita Guru Besar nak ajar Guru Matematik , buat matematik.
Masalahnya, Guru Besar ni pandai semua, dan guru matematik ni pula memanglah ambik Matematik kat universiti dulu tapi dah enam tahun sebelum ni dok mengajar Bahasa Malaysia. Maka dipendekkan cerita Guru Besar pun terkial kial nak mengajar guru Matematik untuk mengajar matematik, guru Matematik pula terkial kial nak belajar dari Guru Besar sbb, pelajarannya terlalu tinggi tahap yang tak tercapai dek akal. Maka itulah Mami rasa, tak kan lah dapat dikhatamkam akan pelajaran itu dalam masa sepurnama setengah notis yang diberi.............. he he he .
Entah apa yang Mami tulis mami pun tak berapa faham sebenarnya. Tapi tak kisah lah, ini blog Mami dan Mami boleh tulis apa yang Mami suka, betul tak?
Ok sampai disini dulu, Mai nak "Understudy'.
Wassalam
Mami
Tuesday, May 18, 2010
Thursday, May 13, 2010
Mami dapat surat
Assalamualaikaum,
Hari ni Mami ada masa sikit nak berceloteh sbb, kat opis Mami ada event sedang berlansung. Bukanlah Mami tak dak kerja nak buat, aaada tapi tak lah sibok sangat sbb Mami ni ditugaskan menjaga duit hadiah untuk event tu.
Setiap tahun memang diadakan event ni, dan setiap kali ada event semua staff akan rela dalam paksa turun padang untuk menjalankan tugas masing masing.Termasuklah Mami and gang, cuma tahun ni agak berlainan sikit sbb X Boss Mami ( yang dah resign tapi masih bekerja tu) tak campur lansung dalam event kali ni.
Sepanjang ingatan Mami, selama 17 tahun bekerja disyarikat ini, dah lebih 15 kali event ini diadakan.............tak lain tak bukan X Boss Mami tu penggerak utama setiap event tersebut. memang dia lah juru kerah nya,juru tunjuk ajarnya, juru rekanya dan segala macam juru lagi lah. Tapi kali ini agak hambar kerana dia tidak lagi berada bersama sama kami bertugas.
Hmmm bukan itu tujuan Mami berceloteh kali ni, tapi ada perkara lain yang lebih gempar lagi. mami dapat surat darai pihak pengurusan.................haaaa surat pertukaran jawatan. Untuk kesekian kalinya Mami dapat surat laaaaaagi.
Kali ini surat itu berbunyi, Jawatan Anda telah ditukarkan menjadi "Pengurus Akaun"........... macam pelik jerrrr bunyinya , bukan Pengurus Kewangan tetapi Pengurus Akaun, maka seperti biasa jugaklah, sekali lagi dunia ini terasa bagai berpusing.
Gaji masih jugak ditakuk lama, cuma yang asyik bertukar ialah jawatan. Mami semakin pening kenapa perlu ditukar lagi jawatan Mami sampaikan Mami pun dah tak pasti apa sebenarnya kerja Mami sekarang. Begitu banyak kerja kerja akaun yang Mami telah tinggalkan semenjak beberapa kali ditukarkan jawatan sepanjang Mami bekerja di syarikat ini
Mami bermula sebagai Eksekutif Pembangunan Perniagaan pada tahun 1994, kemudian pada tahun 1995 ditukarkan kejawatan Eksekutif Kewangan dan Pentadbiran,kemudian dinaikkan pangkat sebagai Kepala Perbendaharaan pada tahun 2004. Kemudian pada tahun 2007 Mami ditukarkan menjadi Kepala Pentadbiran.kemudiannya sekali lagi ditukar kejawatan Akauntan pada bulan February 2010. Dan akhir sekali semalam Mami dapat surat menjadi Pengurus Akaun pula ( untuk 3 anak syarikat dan syarikat induk sahaja.
Memang lah sesiapa pun yang dalam kasut mami akan jadi pening Gajah(bukan sesikit pening ni Mami
Hmmm, terima sajalah apa yang diarahkan oleh majikan..............selagi makan gaji mcm tulah nasib............
Sampai disini sajalah celoteh mami kali ni, hanya pada blog ni lah tempat mami mencurah rasa.................

Saturday, May 8, 2010
Mami start keje
Assalamualaikum,
Alhamdulillah, Mami dah start keje balik pada 2hb May 2010. Alhamdulillah dengan ihsan dari Allah SWT Mami dah sembuha sepenuhnya dan boleh start keje dah. So hari ni Mami masuk keje pukul 9.00 padi, ramailah kengkawan opis yang bertanya khabar mami. Boss Mami yang dah resign (tapi masih bekerja sbb notisnya selama 3 bulan tu pula bagitau Mami yang Mami kena pindah opis sbb nak kena 'UNDERSTUDY '
Yaaaaaa, mai ditukar jawatan sekali lagi, kali ini dari 'Kepala Jabatan Pentadbiran' mami ditukarkan jadi "Akauntan untuk 4 buah anak syarikat la pulak. Ini disebabkan Pengurus Kewangan Syarikat induk telah berhenti dengan tiba tiba maka Syarikat induk kini tidak mempunyai Pengurus kkewangan lagi, maka, setiap naka syarikat kali ini mempunyai Akauntan masing masing, dan mami terpaksa la pulak ditukarkan jawatan.
Aduh terasa berpusing bumi yang dipijak( Memangpun Bumi yang dipjak ni sentiasa berpusing la Mami). Tukar jawatan laaaagi

Subscribe to:
Posts (Atom)