Assalamualaikum,
Kali ni mami nak tulis pasal kerja Mami sekarang.
Oleh kerana Mami dah bertukar Jawatan menjadi Pengurus Akaun , maka Mami terpaksa la pulak "Understudy" X Boss Mami yang dah resign tapi masih bekerja tu.Masalah nya sekarang X Boss Mami tu dulu, Pengurus kewangan Korporat Syarikat, dia bukan Pengurus Akaun, maka jadilah cerita Guru Besar nak ajar Guru Matematik , buat matematik.
Masalahnya, Guru Besar ni pandai semua, dan guru matematik ni pula memanglah ambik Matematik kat universiti dulu tapi dah enam tahun sebelum ni dok mengajar Bahasa Malaysia. Maka dipendekkan cerita Guru Besar pun terkial kial nak mengajar guru Matematik untuk mengajar matematik, guru Matematik pula terkial kial nak belajar dari Guru Besar sbb, pelajarannya terlalu tinggi tahap yang tak tercapai dek akal. Maka itulah Mami rasa, tak kan lah dapat dikhatamkam akan pelajaran itu dalam masa sepurnama setengah notis yang diberi.............. he he he .
Entah apa yang Mami tulis mami pun tak berapa faham sebenarnya. Tapi tak kisah lah, ini blog Mami dan Mami boleh tulis apa yang Mami suka, betul tak?
Ok sampai disini dulu, Mai nak "Understudy'.
Wassalam
Mami
Tuesday, May 18, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment