Thursday, May 13, 2010

Mami dapat surat

Assalamualaikaum,

Hari ni Mami ada masa sikit nak berceloteh sbb, kat opis Mami ada event sedang berlansung. Bukanlah Mami tak dak kerja nak buat, aaada tapi tak lah sibok sangat sbb Mami ni ditugaskan menjaga duit hadiah untuk event tu.

Setiap tahun memang diadakan event ni, dan setiap kali ada event semua staff akan rela dalam paksa turun padang untuk menjalankan tugas masing masing.Termasuklah Mami and gang, cuma tahun ni agak berlainan sikit sbb X Boss Mami ( yang dah resign tapi masih bekerja tu) tak campur lansung dalam event kali ni.

Sepanjang ingatan Mami, selama 17 tahun bekerja disyarikat ini, dah lebih 15 kali event ini diadakan.............tak lain tak bukan X Boss Mami tu penggerak utama setiap event tersebut. memang dia lah juru kerah nya,juru tunjuk ajarnya, juru rekanya dan segala macam juru lagi lah. Tapi kali ini agak hambar kerana dia tidak lagi berada bersama sama kami bertugas.

Hmmm bukan itu tujuan Mami berceloteh kali ni, tapi ada perkara lain yang lebih gempar lagi. mami dapat surat darai pihak pengurusan.................haaaa surat pertukaran jawatan. Untuk kesekian kalinya Mami dapat surat laaaaaagi.

Kali ini surat itu berbunyi, Jawatan Anda telah ditukarkan menjadi "Pengurus Akaun"........... macam pelik jerrrr bunyinya , bukan Pengurus Kewangan tetapi Pengurus Akaun, maka seperti biasa jugaklah, sekali lagi dunia ini terasa bagai berpusing.

Gaji masih jugak ditakuk lama, cuma yang asyik bertukar ialah jawatan. Mami semakin pening kenapa perlu ditukar lagi jawatan Mami sampaikan Mami pun dah tak pasti apa sebenarnya kerja Mami sekarang. Begitu banyak kerja kerja akaun yang Mami telah tinggalkan semenjak beberapa kali ditukarkan jawatan sepanjang Mami bekerja di syarikat ini

Mami bermula sebagai Eksekutif Pembangunan Perniagaan pada tahun 1994, kemudian pada tahun 1995 ditukarkan kejawatan Eksekutif Kewangan dan Pentadbiran,kemudian dinaikkan pangkat sebagai Kepala Perbendaharaan pada tahun 2004. Kemudian pada tahun 2007 Mami ditukarkan menjadi Kepala Pentadbiran.kemudiannya sekali lagi ditukar kejawatan Akauntan pada bulan February 2010. Dan akhir sekali semalam Mami dapat surat menjadi Pengurus Akaun pula ( untuk 3 anak syarikat dan syarikat induk sahaja.

Memang lah sesiapa pun yang dalam kasut mami akan jadi pening Gajah(bukan sesikit pening ni Mami

Hmmm, terima sajalah apa yang diarahkan oleh majikan..............selagi makan gaji mcm tulah nasib............

Sampai disini sajalah celoteh mami kali ni, hanya pada blog ni lah tempat mami mencurah rasa.................

Wassalam

Mami

1 comment:

  1. Apa-apa pon mami, maknjang ucapkan tahniah... bukan senang nak dapat surat mami oi! Maknjang ni dah berpuluh kali tukar nama jawatan, dari pengurus kepada kepala kepada pegurus besar kepada macam-macam lagi (sama macam mami, nama jawatan saja tukar, gaji tidak pon!).. sekali pon tak pernah dapat surat... tahniah dan cemburu banget rasanya ni mami. Jom kita pi makan.

    ReplyDelete